Ini 7 Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat Dan Kecut Bila Dah Sejuk

Ini 7 Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat Dan Kecut Bila Dah Sejuk

Ini 7 Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat Dan Kecut Bila Dah Sejuk.Ini Cara Rebus Jagung Supaya Tak Liat & Kecut Bila Dah Sejuk | “Alahai, tadi masa baru masak bukan main sedap lagi jagung rebus ni.

Bila dah sejuk, jadi kecut dan keras pulak. Terbantut selera nak makan!”

Ingatkan rebus jagung ni simple je. Jerang air, bubuh jagung dan tunggu sampai masak. Tapi mesti ramai antara kita yang pernah jadi macam ni bila rebus jagung dekat rumah kan?

Sebenarnya ada beberapa cara rebus jagung dan tips yang boleh kita praktikkan supaya hasilnya empuk, sedap dan tak keras walaupun dah sejuk.

1. TIP PILIH JAGUNG SEGAR
Mula-mula sekali masa nak membeli jagung, kenalah pilih jagung yang elok. Sedikit tips untuk memilih jagung adalah berdasarkan kelembapan dari daun dan batang jagung tersebut.

Daun jagung dengan kualiti baik biasanya memiliki daun yang berwarna kehijauan, segar dan tidak kering manakala warna batang bawahnya juga kelihatan segar dan tidak berwarna coklat tua.

2. REBUS BERSAMA KULIT

Sebelum merebus, selalunya kita buangkan kulitnya dulu kan? Tapi tahukah anda, kalau nak dapatkan hasil rebusan jagung yang segar dan tak mudah mengecut, jangan tanggalkan semua atau botakkan jagung tu tau!

Sebaliknya, kerat hujung dan pangkal jagung dan cuma buang kulit yang tua saja. Tinggalkan sedikit kulit yang muda untuk melindungi isi jagung tersebut. Hasilnya jagung jadi lebih empuk dan lemak!

3. CARA REBUS JAGUNG AGAR EMPUK
Cara rebus jagung ni mungkin ada banyak versinya. Yang paling mudah, masukkan ke dalam periuk dan isikan air lebih kurang separas dengan jagung.

4. JANGAN BUBUH GARAM TERLALU AWAL
Jangan tambah garam semasa terlalu awal semasa merebus jagung sebab ia akan menyebabkan isi jagung menjadi keras, liat dan kecut bila dah sejuk. Seeloknya lepas jagung dah masak nanti baru taburkan sedikit garam halus.

5. TAMBAH SEDIKIT GULA
Semasa rebus jagung, boleh juga tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang lebih manis.

6. ELAK REBUS TERLALU LAMA
Ramai yang leka masa rebus jagung sebab ia takkan hangus. Tapi elakkan rebus jagung terlalu lama tau. Bila air rebusan dah nampak kuning, terus matikan api. Jika rebus jagung terlalu lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup.

7. SAPU BUTTER SELEPAS MASAK
Selepas jagung masak, bolehlah sapukan butter dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih. Barulah rasanya bertambah lemak dan bau pun wangi! Ni lah selalu cara rebus jagung orang jual di pasar malam tu.

BACA :Teknik beli ketam isi banyak di pasar ramai tak tahu

Artikel ini disiarkan pada 31/07/2022

COMMENTS

Wordpress (0)