Ini sebab Orang Malaysia suka minum kopi semasa sarapan

Ini sebab Orang Malaysia suka minum kopi semasa sarapan

Ini sebab Orang Malaysia kerap minum kopi semasa sarapan.Segmen kopi segera di negara ini diunjurkan mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus dari tahun 2020 hingga 2025.

Menurut tinjauan mengenai sarapan yang dilaksanakanHerbalife Nutrition dengan melibatkan sehingga 5,500 orang di 11 pasaran Asia Pasifik baru-baru ini mendapati, kopi merupakan minuman sarapan paling kerap di minum setiap hari oleh rakyat di negara ini.

Sehubungan trend dan peluang berpotensi itu, syarikat telah melancarkan High Protein Premix Coffee, yang merupakan adunan kopi fungsian pertamanya di Malaysia.

Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, High Protein Premix Coffee adalah alternatif minuman berprotein tinggi bagi minuman kopi ais popular yang boleh didapati dan dinikmati di kafe dan tempat menjamu selera tempatan seperti kedai mamak dan kedai kopi.

Dengan pilihan perisa Café Latte dan Mocha, minuman kopi berkhasiat baharu ini boleh dinikmati pada tengah pagi atau petang, tanpa rasa bersalah, untuk memberikan suntikan tenaga yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, produk High Protein Premix Coffee dirumuskan khas untuk pengguna yang bukan sahaja inginkan ledakan tenaga yang boleh diperolehi daripada kopi, tetapi juga mahu mengurangkan pengambilan kalori, lemak dan gula daripada pilihan yang sedia ada di kafe.

Boleh disediakan dengan mudah dalam masa beberapa saat, pengguna hanya perlu campur dua sudu High Protein Premix Coffee dengan air, goncang dan tuang ke dalam cawan berisi ais untuk menikmati minuman yang lazat lagi menyegarkan untuk memberikan tenaga kepada mereka sepanjang hari.

Setiap hidangan High Protein Premix Coffee Herbalife Nutrition mengandungi 15 gram protein 80 kalori dan 80mg kafein.

“Walaupun ramai di antara kita yang bersarapan dengan secawan kopi, kita mungkin kurang memikirkan tentang ramuan yang terkandung di dalam kopi tetapi hakikatnya, ini boleh menyebabkan rakyat mengambil gula dan lemak secara berlebihan bersama minuman kopi, yang mungkin meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti kegemukan dan diabetes.

“Menerusi High Protein Premix Coffee, kami membolehkan pengguna menikmati minuman kopi mereka dengan mudah dan sekali gus memanfaatkan khasiat kebaikannya,” jelasnya

Baca :Ceramah Ustaz Kazim Tiba-Tiba Jadi Kecoh Wanita Meracau

Artikel ini disiarkan pada 27/08/2022

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Ini sebab Orang Malaysia suka minum kopi semasa sarapan […]

  • Weifsheks 5 days

    A new technique that creates a 2D like image from the projection images, i clomid buy india Sternberg TL

  • Weifsheks 1 day

    zithromax generics 5 mg amlodipine 160 mg valsartan 12