Ini senarai pemimpin dunia yang pernah di penjara, ramai tak tahu

Ini senarai pemimpin dunia yang pernah di penjara .Memenjarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 23 Ogos lalu mungkin melakar sejarah pertama di negara kita, tetapi ramai pemimpin negara lain sudah melalui nasib sama sebelum ini.

Namun, tidak semua menjalani hukuman seperti mana dijatuhkan mahkamah, malah ada juga yang diberi premis kurungan yang jauh lebih ‘istimewa’ berbanding banduan biasa.

Ramai yang tergolong sebagai pemimpin tertinggi negara tidak pernah menyaksikan sendiri keadaan di dalam penjara mahu pun kamar mahkamah, walaupun sabitan jenayah terhadap mereka dilakukan secara adil dan telus.

Namun, jarang pula kedengaran bekas presiden mahupun perdana menteri pernah berdepan keadaan sukar seperti dipenjarakan.

Sebahagiannya menghabiskan tempoh hukuman penjara berdekad lamanya hanya menerusi parol perubatan dan ‘bayaran tunai’ yang menjadi pemudah cara untuk memendekkan masa hukuman berlangsung.

Terdapat beberapa pemimpin negara berprofil tinggi yang dihukum penjara di seluruh dunia kebelakangan ini.

Guna pelbagai helah

Antaranya bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, PW Botha yang hukumannya pernah dibatalkan, sekali gus tidak memerlukannya menempuh masa sukar di penjara.

Bekas Presiden Chile, Augusto Pinochet, pula pernah menggunakan pelbagai taktik perundangan untuk melewatkan hukuman bunuh ke atasnya, hingga penghujung usianya tanpa disabitkan kesalahan.

Selain itu, bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, turut membuat rayuan ke mahkamah peringkat paling tinggi demi melepaskan dirinya daripada hukuman penjara.

Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, turut menjadi antara pemimpin yang pernah ‘berusaha’ untuk mengelak daripada memasuki penjara dengan menggunakan faktor usia sebagai alasan.

Tidak terkecuali, bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, yang hanya ‘dipenjarakan’ di kediaman mewahnya sebagai tahanan di rumah meskipun disabit kesalahan, sebelum meninggal dunia pada 6 September 2019, berusia 95 tahun.

Lain pula ‘nasib’ bekas Presiden Serbia, Slobodan Milosevic, apabila dia meninggal dunia ketika perbicaraan masih berlangsung, walaupun sudah bertahun-tahun di mahkamah.

Ramai lagi pemimpin lain yang pernah mengelak untuk dipenjarakan atau berdepan prosiding kehakiman, walaupun agak jelas dan secara terang-terangan mereka terbabit kesalahan jenayah seperti mencuri dan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pembunuhan.

Sehingga sekarang, jarang sekali kita mendengar ada pemimpin negara yang berdepan tempoh hukuman penjara lama dan sebenarnya menjalani hukuman sepenuhnya.

Namun, terdapat beberapa negara yang pernah menjatuhi hukuman secara munasabah terhadap beberapa bekas pemimpin mereka antaranya di Argentina, Bulgaria, Jepun, Pakistan dan Korea Selatan.

Pada penghujung Disember lalu, bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, 69, yang menjalani hukuman penjara 22 tahun dan denda AS$16.8 juta (RM75 juta) kerana terbabit skandal rasuah besar-besaran, menerima pengampunan Presiden sekarang, Moon Jae-in.

Dia menghadapi 16 tuduhan menyalahgunakan kuasa, rasuah dan paksaan pada 2018 selepas usul undi tidak percaya dikemukakan terhadapnya setahun sebelum itu, satu tindakan yang kali pertama dilakukan di negara itu terhadap pemimpin yang dilantik melalui proses demokrasi .

Geun-hye dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali tahun lalu akibat sakit bahu dan tulang belakang yang kronik, sekali gus menjadi alasan bagi pengampunannya.

Seorang lagi bekas Presiden Korea Selatan, Han Myeong-sook, juga wanita pertama memegang jawatan tertinggi negara itu, yang menjalani hukuman penjara dua tahun antara 2015 hingga 2017, turut diberi pengampunan dan kesalahannya dihapuskan.

Di Guinea Bissau sahaja, terdapat tujuh pemimpin dijatuhi hukuman sewajarnya. Selain itu, Hungary juga pernah mengheret 19 bekas pemimpin ke muka pengadilan.

Senarai dijangka bertambah

Senarai itu sudah tentu akan terus meningkat pada tahun mendatang, seperti nasib bekas Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon, berakhir apabila sampai penghujung proses rayuan yang secara tidak langsung membolehkan mereka bebas sehingga dijatuhi hukuman.

Cerita mengenai prosedur mereka ditahan dan bagaimana penahanan berakhir adalah berbeza-beza.

Ada yang berakhir di penjara seperti banduan lain, ada yang dibebaskan selepas memperoleh layanan istimewa yang selesa dalam ‘kurungan khas’ dibina khusus bagi mereka dan ada juga yang dibunuh dengan kejam.

Bagaimanapun, sabitan kesalahan yang menyaksikan mereka dijatuhi hukuman penjara pada mulanya boleh diramal kerana kebanyakan terbabit dengan penyeleweng atau pun rasuah ketika mereka berkuasa.

Berikut adalah beberapa lagi pemimpin berprofil tinggi yang pernah dipenjarakan di seluruh dunia

Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Dihukum gantung kerana disabit dengan jenayah kemanusiaan, termasuk pembunuhan beramai-ramai, selepas bersembunyi di dalam sebuah lubang bawah tanah pada lewat 2003.

Dia dijatuhi hukuman gantung pada lewat 2006.

Bekas Presiden Liberia, Charles Taylor

Pernah memikul tanggungjawab sebagai Presiden selama enam tahun sebelum hidup dalam buangan di Nigeria berikutan perang saudara.

Ditahan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012 selepas sebuah mahkamah khas di The Hague mengarahkan dia dijatuhi hukuman penjara selama 50 tahun kerana terbabit dengan jenayah berkaitan perhambaan, rogol dan bunuh.

Pada 2017, dia didapati membuat panggilan telefon dari penjara di United Kingdom (UK) hanya untuk bercakap kepada penyokongnya selain mengugut musuhnya.

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif

Berkhidmat sebagai perdana menteri hampir sedekad iaitu melebihi tiga penggal yang berlainan dan pernah digelar ‘bilionair dolar’ kerana memiliki simpanan besar dolar Amerika Syarikat (AS).

Dia dipenjarakan selama 10 tahun, kemudiannya dibebaskan sewaktu rayuan sebelum dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dalam kes berasingan membabitkan rasuah.

Pernah diikat jamin untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas tiga bulan dan melarikan diri ke UK. Kerajaan Pakistan masih berusaha mendapatkannya kembali bagi menghabiskan tempoh hukumannya.

Bekas Presiden Nigeria, Olusegun Obasanjo

Pernah kembali ke Nigeria sebagai ketua negara antara 1999 dan 2007 selepas bertugas sebagai pemimpin negara itu pada lewat 1970an. Dia juga pernah dipenjarakan pada pertengahan 1990an.

Masanya di penjara agak berbeza. Dia meletakkan syarat mahu mempunyai bilik kurungan bersendirian pada mulanya dan kemudiannya mahu taman penjara persendirian lengkap dengan banduan lain untuk membantunya.

Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian

Pernah menjadi Presiden selama lapan tahun sehingga 2008, selepas terselamat dalam kes tembakan ketika pemilihan semula untuk penggal kedua jawatan itu.

Shui-bian pernah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana rasuah, bagaimanapun tempohnya dikurangkan kepada 19 tahun selepas rayuan.

Pada awalnya, dia berkongsi sel penjara dengan banduan lain, namun berkat lobi kuat penyokongnya, dia dibebaskan dengan parol perubatan selepas enam tahun.

Menurut pegawai perubatan ketika itu (2015), dia dalam keadaan lemah sehingga boleh menemui ajal pada bila-bila masa.

Difahamkan, Parlimen Taiwan sedang mempertimbangkan Rang Undang-Undang baharu yang boleh menyaksikannya mendapat pengampunan penuh.

Pegawai tentera merangkap ahli politik ‘diktator’ Panama, Manuel Noriega.

Berkhidmat di Panama selama enam tahun sehingga 1986, terkenal sebagai regim menyeludup kokain berskala besar ke AS selain perdagangan haram senjata.

AS kemudian mengakui Noriega mahir dalam memanipulasi dasar luarnya untuk kepentingan sendiri.

Selepas pencerobohan AS yang mengorbankan ratusan orang, dia dijatuhi hukuman penjara 40 tahun oleh mahkamah AS, dibebaskan AS pada 2007 seperti dijadualkan, diekstradisi ke Perancis dan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun lagi.

Kemudian, dia diektradisi ke Panama untuk penjara selama 60 tahun, yang mana hukuman dijatuhkan tanpa kehadirannya. Dia diletakkan di bawah tahanan rumah pada awal 2017 atas alasan perubatan dan meninggal dunia pada hujung Mei kerana pendarahan otak semasa pembedahan. Noriega bergelar banduan selama 27 tahun.

– Bekas Perdana Menteri Kazakstan, Serik Akhmetov

Memegang jawatan antara 2012 dan 2014. Penghujung 2015, dia menerima tamparan hebat apabila dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana penyelewengan menerusi perbicaraan besar-besar yang didakwa berbaur politik.

Atas rayuan selepas mengaku bersalah dan selepas keluarganya membayar kepada negara sebanyak lebih R200 juta (RM15 juta), hukumannya dikurangkan menjadi lapan tahun. Dia dibebaskan selepas dua tahun dipenjara.

Memenjarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 23 Ogos lalu mungkin melakar sejarah pertama di negara kita, tetapi ramai pemimpin negara lain sudah melalui nasib sama sebelum ini.

Namun, tidak semua menjalani hukuman seperti mana dijatuhkan mahkamah, malah ada juga yang diberi premis kurungan yang jauh lebih ‘istimewa’ berbanding banduan biasa.

Ramai yang tergolong sebagai pemimpin tertinggi negara tidak pernah menyaksikan sendiri keadaan di dalam penjara mahu pun kamar mahkamah, walaupun sabitan jenayah terhadap mereka dilakukan secara adil dan telus.

Namun, jarang pula kedengaran bekas presiden mahupun perdana menteri pernah berdepan keadaan sukar seperti dipenjarakan.

Bekas Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye dibebaskan

PM Australia kecewa hukuman penjara pengebom Bali dikurangkan
Najib dipenjara dapat liputan media antarabangsa

Sebahagiannya menghabiskan tempoh hukuman penjara berdekad lamanya hanya menerusi parol perubatan dan ‘bayaran tunai’ yang menjadi pemudah cara untuk memendekkan masa hukuman berlangsung.

Terdapat beberapa pemimpin negara berprofil tinggi yang dihukum penjara di seluruh dunia kebelakangan ini.

Guna pelbagai helah

Antaranya bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, PW Botha yang hukumannya pernah dibatalkan, sekali gus tidak memerlukannya menempuh masa sukar di penjara.

Bekas Presiden Chile, Augusto Pinochet, pula pernah menggunakan pelbagai taktik perundangan untuk melewatkan hukuman bunuh ke atasnya, hingga penghujung usianya tanpa disabitkan kesalahan.

Selain itu, bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, turut membuat rayuan ke mahkamah peringkat paling tinggi demi melepaskan dirinya daripada hukuman penjara.

Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, turut menjadi antara pemimpin yang pernah ‘berusaha’ untuk mengelak daripada memasuki penjara dengan menggunakan faktor usia sebagai alasan.

Tidak terkecuali, bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, yang hanya ‘dipenjarakan’ di kediaman mewahnya sebagai tahanan di rumah meskipun disabit kesalahan, sebelum meninggal dunia pada 6 September 2019, berusia 95 tahun.

Lain pula ‘nasib’ bekas Presiden Serbia, Slobodan Milosevic, apabila dia meninggal dunia ketika perbicaraan masih berlangsung, walaupun sudah bertahun-tahun di mahkamah.

Ramai lagi pemimpin lain yang pernah mengelak untuk dipenjarakan atau berdepan prosiding kehakiman, walaupun agak jelas dan secara terang-terangan mereka terbabit kesalahan jenayah seperti mencuri dan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pembunuhan.

Sehingga sekarang, jarang sekali kita mendengar ada pemimpin negara yang berdepan tempoh hukuman penjara lama dan sebenarnya menjalani hukuman sepenuhnya.

Namun, terdapat beberapa negara yang pernah menjatuhi hukuman secara munasabah terhadap beberapa bekas pemimpin mereka antaranya di Argentina, Bulgaria, Jepun, Pakistan dan Korea Selatan.

Pada penghujung Disember lalu, bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, 69, yang menjalani hukuman penjara 22 tahun dan denda AS$16.8 juta (RM75 juta) kerana terbabit skandal rasuah besar-besaran, menerima pengampunan Presiden sekarang, Moon Jae-in.

Dia menghadapi 16 tuduhan menyalahgunakan kuasa, rasuah dan paksaan pada 2018 selepas usul undi tidak percaya dikemukakan terhadapnya setahun sebelum itu, satu tindakan yang kali pertama dilakukan di negara itu terhadap pemimpin yang dilantik melalui proses demokrasi .

Geun-hye dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali tahun lalu akibat sakit bahu dan tulang belakang yang kronik, sekali gus menjadi alasan bagi pengampunannya.

Seorang lagi bekas Presiden Korea Selatan, Han Myeong-sook, juga wanita pertama memegang jawatan tertinggi negara itu, yang menjalani hukuman penjara dua tahun antara 2015 hingga 2017, turut diberi pengampunan dan kesalahannya dihapuskan.

Di Guinea Bissau sahaja, terdapat tujuh pemimpin dijatuhi hukuman sewajarnya. Selain itu, Hungary juga pernah mengheret 19 bekas pemimpin ke muka pengadilan.

Senarai dijangka bertambah

Senarai itu sudah tentu akan terus meningkat pada tahun mendatang, seperti nasib bekas Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon, berakhir apabila sampai penghujung proses rayuan yang secara tidak langsung membolehkan mereka bebas sehingga dijatuhi hukuman.

Cerita mengenai prosedur mereka ditahan dan bagaimana penahanan berakhir adalah berbeza-beza.

Ada yang berakhir di penjara seperti banduan lain, ada yang dibebaskan selepas memperoleh layanan istimewa yang selesa dalam ‘kurungan khas’ dibina khusus bagi mereka dan ada juga yang dibunuh dengan kejam.

Bagaimanapun, sabitan kesalahan yang menyaksikan mereka dijatuhi hukuman penjara pada mulanya boleh diramal kerana kebanyakan terbabit dengan penyeleweng atau pun rasuah ketika mereka berkuasa.

Berikut adalah beberapa lagi pemimpin berprofil tinggi yang pernah dipenjarakan di seluruh dunia:

Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. – Foto AFP

– Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Dihukum gantung kerana disabit dengan jenayah kemanusiaan, termasuk pembunuhan beramai-ramai, selepas bersembunyi di dalam sebuah lubang bawah tanah pada lewat 2003.

Dia dijatuhi hukuman gantung pada lewat 2006.

– Bekas Presiden Liberia, Charles Taylor

Pernah memikul tanggungjawab sebagai Presiden selama enam tahun sebelum hidup dalam buangan di Nigeria berikutan perang saudara.

Ditahan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012 selepas sebuah mahkamah khas di The Hague mengarahkan dia dijatuhi hukuman penjara selama 50 tahun kerana terbabit dengan jenayah berkaitan perhambaan, rogol dan bunuh.

Pada 2017, dia didapati membuat panggilan telefon dari penjara di United Kingdom (UK) hanya untuk bercakap kepada penyokongnya selain mengugut musuhnya.

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif. – Foto AFP

– Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif

Berkhidmat sebagai perdana menteri hampir sedekad iaitu melebihi tiga penggal yang berlainan dan pernah digelar ‘bilionair dolar’ kerana memiliki simpanan besar dolar Amerika Syarikat (AS).

Dia dipenjarakan selama 10 tahun, kemudiannya dibebaskan sewaktu rayuan sebelum dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dalam kes berasingan membabitkan rasuah.

Pernah diikat jamin untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas tiga bulan dan melarikan diri ke UK. Kerajaan Pakistan masih berusaha mendapatkannya kembali bagi menghabiskan tempoh hukumannya.

– Bekas Presiden Nigeria, Olusegun Obasanjo

Pernah kembali ke Nigeria sebagai ketua negara antara 1999 dan 2007 selepas bertugas sebagai pemimpin negara itu pada lewat 1970an. Dia juga pernah dipenjarakan pada pertengahan 1990an.

Masanya di penjara agak berbeza. Dia meletakkan syarat mahu mempunyai bilik kurungan bersendirian pada mulanya dan kemudiannya mahu taman penjara persendirian lengkap dengan banduan lain untuk membantunya.

– Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian

Pernah menjadi Presiden selama lapan tahun sehingga 2008, selepas terselamat dalam kes tembakan ketika pemilihan semula untuk penggal kedua jawatan itu.

Shui-bian pernah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana rasuah, bagaimanapun tempohnya dikurangkan kepada 19 tahun selepas rayuan.

Pada awalnya, dia berkongsi sel penjara dengan banduan lain, namun berkat lobi kuat penyokongnya, dia dibebaskan dengan parol perubatan selepas enam tahun.

Menurut pegawai perubatan ketika itu (2015), dia dalam keadaan lemah sehingga boleh menemui ajal pada bila-bila masa.

Difahamkan, Parlimen Taiwan sedang mempertimbangkan Rang Undang-Undang baharu yang boleh menyaksikannya mendapat pengampunan penuh.

– Pegawai tentera merangkap ahli politik ‘diktator’ Panama, Manuel Noriega.

Berkhidmat di Panama selama enam tahun sehingga 1986, terkenal sebagai regim menyeludup kokain berskala besar ke AS selain perdagangan haram senjata.

AS kemudian mengakui Noriega mahir dalam memanipulasi dasar luarnya untuk kepentingan sendiri.

Selepas pencerobohan AS yang mengorbankan ratusan orang, dia dijatuhi hukuman penjara 40 tahun oleh mahkamah AS, dibebaskan AS pada 2007 seperti dijadualkan, diekstradisi ke Perancis dan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun lagi.

Kemudian, dia diektradisi ke Panama untuk penjara selama 60 tahun, yang mana hukuman dijatuhkan tanpa kehadirannya. Dia diletakkan di bawah tahanan rumah pada awal 2017 atas alasan perubatan dan meninggal dunia pada hujung Mei kerana pendarahan otak semasa pembedahan. Noriega bergelar banduan selama 27 tahun.

– Bekas Perdana Menteri Kazakstan, Serik Akhmetov

Memegang jawatan antara 2012 dan 2014. Penghujung 2015, dia menerima tamparan hebat apabila dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana penyelewengan menerusi perbicaraan besar-besar yang didakwa berbaur politik.

Atas rayuan selepas mengaku bersalah dan selepas keluarganya membayar kepada negara sebanyak lebih R200 juta (RM15 juta), hukumannya dikurangkan menjadi lapan tahun. Dia dibebaskan selepas dua tahun dipenjara.

Dia adalah ‘ahli kelab’ terbaru sebelum Najib dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun bermula 23 Ogos lalu

Selepas bertahun mengelak kehadiran mahkamah atas pelbagai tuduhan kerana enggan berdepan Suruhanjaya Siasatan Zondo, Zuma menyerah diri kepada pegawai perkhidmatan pemulihan pada Julai 2021.

Menurut laporan berita News24, penahanan Zuma ekoran perintah Mahkamah Perlembagaan yang mendapatinya bersalah menghina mahkamah. Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara 15 bulan, yang dicabar habis-habisan.

Memfailkan usul menyemak semula keputusan Mahkamah Perlembagaan yang mengarahkan dia ditangkap, namun Mahkamah Tinggi Pietermartizburg menolaknya dan Zuma dipenjarakan di Estcourt, KwaZulu-Natal dan masih menghadapi beberapa tuduhan lain, sama seperti Najib.

Baca :Anak Najib baca ‘warkah’ dari Penjara Kajang, satu dewan Merdeka menangis

Artikel ini disiarkan pada 28/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca:Ini senarai pemimpin dunia yang pernah di penjara, ramai tak tahu […]