Isteri luah perasaan 30 tahun hidup bersama tapi ini balasannya

Isteri luah perasaan 30 tahun hidup bersama tapi ini balasannya

Isteri luah perasaan selepas suami terima duit pencen. Seorang wanita berasa terkilan apabila secara diam-diam suaminya telah berkahwin lain selepas mendapat wang pencen sebagai pesara kerajaan.

Kisah ini dikongsi seorang suri rumah dikenali sebagai Farihah, 52, menerusi kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri (LHSI) semalam.

Katanya, tindakan suaminya yang berusia 58 tahun sukar untuk diterima dan dimaafkan kerana selama 30 tahun hidup bersama dia mencurah sepenuh kasih sayang serta menjaga kebajikan pasangannya dengan cukup sempurna.

Menurut Farihah, suaminya seorang yang pendiam dan sopan apabila berbicara sehingga secara peribadi, dia tidak pernah terfikir bakal menerima ‘madu’.

“Suami tak pernah tunjuk perangai bukan-bukan selama kami berkahwin, dia seorang yang pendiam, cara dia melayan saya, anak-anak dan sesiapa pun sopan.

“Tak sangka dalam diamnya, saya dikejutkan dengan berita sedih ini.

“Apa salah saya yang selama 30 tahun ini menabur segala bakti, kasih sayang pada suami,” luahnya.

Menurut wanita itu, sebulan selepas suaminya menerima wang pencen, lelaki itu meminta izin untuk mengikuti acara konvoi motosikal bersama beberapa kenalannnya ke Terengganu.

Malangnya, selepas tiga hari berada di negeri Pantai Timur, suaminya pulang sambil membawa seorang wanita yang diperkenalkan sebagai isteri baharunya.

“Terkejut saya rasa nak pengsan. Saya ambil keputusan keluar dari rumah dengan ditemani anak bongsu dan menumpang di rumah kakak.

“Saya buntu, kalau kami bercerai, saya kasihankan anak-anak selain masih sayangkan suami. Tapi pada masa sama, saya tidak boleh terima dengan tindakannya itu tanpa berbincang terlebih dahulu dengan saya dan keluarga,” katanya

BACA:

Pesanan terakhir ditinggal Najib buat semua menitis air mata

Wanita kongsi 11 Tahun ‘Ketagih’ Makan Sabun Serbuk

Artikel ini disiarkan pada 24/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Isteri luah perasaan 30 tahun hidup bersama tapi ini balasannya […]