JDT juara Piala FA 2022

JDT juara Piala FA 2022

JDT juara Piala FA 2022.Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan kejaguhan apabila muncul juara Piala FA Malaysia 2022 selepas berjaya menundukkan Terengganu 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan manis yang dicapai itu telah mengulangi pencapaian pada edisi 2016 dimana JDT muncul juara selepas menundukkan PKNS FC.

Beraksi di atas permukaan padang yang baik, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan pantas tetapi JDT dilihat lebih banyak mengancam kubu Terengganu.

Peluang pertama buat skuad kendalian Hector Pablo Bidoglio itu hadir pada minit ke-11 apabila Arif Aiman Mohd Hanapi dalam kawasan penalti. Bagaimanapun, rembatan pemain lincah itu singgah di tiang gol.

Memasuki minit ke-25, giliran Tchetche Kipre pula menguji gawang JDT menerusi satu serangan balas pantas yang menyaksikan beliau hanya berhadapan dengan Farizal Marlias.

Namun, penjaga gol berpengalaman yang merupakan ketua pasukan skuad Harimau Selatan itu tenang untuk menafikan percubaan keemasan itu bagi menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.

Arif Aiman membuatkan suasana stadium gegak gempita pada minit ke-34 apabila beliau yang melepasi kawalan pemain pertahanan, Muhammad Alif Zakaria meledakkan rembatan kaki kiri untuk meletakkan JDT dihadapan.

Jaringan itu nyata menyemarakkan lagi api perjuangan barisan pemain JDT yang terus memberikan tekanan dan hampir menambah kedudukan berselang empat minit kemudian.

Berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil Leandro Velasquez terus mencari Shane Lowry dalam kawasan penalti, namun tandukan pemain pertahanan kelahiran Australia itu sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol.

JOHOR DAPAT CUTI KHAS

Bergson melebarkan kedudukan buat JDT ketika permainan memasuki minit ke-63 apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas beliau dikasari dalam kawasan penalti oleh penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim.

Terengganu yang cuba untuk memberikan saingan berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-75 menerusi Kipre selepas percubaannya dalam kawasan penalti terkena muka Farizal Marlias lalu bola masuk ke dalam gawang gol.

Kegembiraan penyokong Terengganu itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama tiga minit apabila Bergson menambah satu lagi jaringan ketika situasi kelam-kabut berikutan tindakan Rahadiazli keluar daripada posisinya.

Kedudukan 3-1 itu kekal hingga wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin untuk mengesahkan ‘pesta bunga api’ bakal sekali lagi diadakan di Johor Bahru.

Baca :Pendakwah bebas direman siasat kes amang seksual

Artikel ini disiarkan pada 10/09/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • Weifsheks 2 weeks

    Because some people don t respond to the usual dose of penicillin it is important to have follow- up blood tests cialis cost After completion of the reaction, the reaction mixture was concentrated, transferred to water and extracted with ethyl acetate

  • Weifsheks 1 week

    generic over the counter clomid at walmart Additional studies that address the effects of these metabolites in vivo and the effects of gastrointestinal function and colonic microfloral differences on lignan metabolism are needed