Jeti ‘kayu emas’ 15 meter bernilai RM50,000 di Sarawak, sindir netizen

Jeti ‘kayu emas’ 15 meter bernilai RM50,000 di Sarawak, sindir netizen. netizen menyindir kos membina sebuah jeti kayu di Bekenu, Miri, sepanjang 15 meter bernilai RM50,000 yang disifatkan tidak masuk akal.

Pembinaan jeti selebar satu meter di Kampung Mutap itu dimulakan bulan lalu dan siap sepenuhnya 1 April lalu. Ia menggantikan jeti lama yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Jeti ‘kayu emas’ 15 meter bernilai RM50,000 di Sarawak, sindir netizen

Menurut Facebook “Corporate Communication JKR Sarawak”, projek itu dilaksanakan di bawah inisiatif Projek Transformasi Luar Bandar.

Bagaimanapun, warganet menyindir projek jeti kayu itu tidak sepadan dengan kosnya sebanyak RM50,000.

Pengguna Facebook, Nik Lee mempersoalkan “kayu apa ni sampai RM50k? Kayu emas ka?”, yang dibalas Nazli Imran Mohd Mansor “kayu belian kot”.

Seorang lagi pengguna Facebook, Jujie Helman terkejut dengan kos projek jeti kayu itu.

“Mak ai 50k projek. Baik suruh budak pengakap je buat. Ni lain tak bukan mesti salah Rusia dan Ukraine yang menyebabkan inflasi harga yang tidak munasarawak,” katanya sinis.

Beliau menambah, “Tapi nak buat macam mana benda dah siap, dah post dah pun. Share pun beribu, like pun dah beribu. Tak boleh buat apa dah. Enjoy je lah.”

SPRM patut melawat sekali, adakah kos yang tinggi disebabkan bahan mentah susah bawa masuk atau ada tangan-tangan ghaib minta tambang bawah meja,” katanya.

Sehingga laporan ini ditulis, hantaran berhubung projek jeti kayu itu mendapat lebih 6,700 ulasan dan dikongsi sebanyak 4,300 kali.

baca:

Imam kantoi merempit lepas tarawih

Beli Myvi ? ibu Bakal pengantin tak bagi.. ini sebabnya

Artikel ini disiarkan pada 11/04/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Jeti ‘kayu emas’ 15 meter bernilai RM50,000 di Sarawak, sindir netizen […]