Jimat banyak bila anak sudah berpisah lampin, ikutilah tips ajar anak potty train

Jimat banyak bila anak sudah berpisah lampin, ikutilah tips ajar anak potty train

Jimat banyak bila anak sudah berpisah lampin, ikutilah tips ajar anak potty train.

Salah satu cabaran untuk ibu bapa adalah dengan mengajar anak untuk “potty train” ataupun dengan bahasa mudahnya nak putuskan anak dari terus pakai lampin.

Ada yang tanya, bila waktu sesuai untuk potty training atau toilet training atau cerai lampin untuk si kecil anda.

Seorang pengguna Facebook, Bel Nawhen ada berkongsi bila dan bagaimana nak latih anak anda untuk boleh pergi ke tandas.

CARA NAK CERAIKAN PENGGUNAAN LAMPIN PADA SI KECIL ANDA

Sebenarnya dia ikut bila ibu bapa boleh latih anak. Sebaik-baiknya bila anak dah boleh mendengar arahan ringkas dan boleh cakap atau buat apa-apa gaya/cara untuk beritahu mereka nak berak atau kencing.

Macam mana nak ajar anak toilet train? Ini caranya..

1. Kena cakap betul-betul dekat anak.

Kalau nak kencing, cakap nak kencing. Bukan mommy, nak ‘cing’. Nanti kita salah dengar ingat dia sebut kucing. Kat rumah ni pula ada banyak kucing.
Macam tu juga nak buang air. Mommy, nak berak. Bukan mommy nak ‘yak’.

2. Kerap bawa dia ke toilet at least 2 jam sekali atau tiba-tiba nampak dia cari tempat nak membuang.

Contohnya, ada anak ni kita dah tau dia kalau nak membuang, dia akan ke satu sudut untuk ‘bertelur’. Jadi kita dh dapat agak dia nak buang air atau posisi biasa dia masa memerut macam mencangkung atau apa pun posisi dan daya. Maka, angkatlah ke tandas segera.

3. Boleh beli toddler potty training toilet chair seat jika mahu atau potty training toilet seat yang lembut tu.

Ada warna warni aidilfitri dan bermacam-macam gambar untuk tarik minat anak untuk ke tandas. Selain tu, saiz dia mesra punggung anak. Takdelah anak terjerumus ke lubang tandas. Lain cerita pula nanti.

4. Beli underware yang dia suka.

Contoh berkartun-kartun, ada upin ipin, ultraman, superman, boboiboy dan lain-lain lagi. Nanti dia seronoklah bertoilet train. Sebab pampers pun tak beraneka kaler macam tu.

5. Keraplah tanya dia nak ke tandas ke tak.

Kalau agak lama tak ke tandas tu, bawalah dia kesana. Takutlah dia ni tahan dari membuang sebab takut kena marah kalau karpet basah.

6. Masa nak toilet train anak, elakkanlah pasang karpet mahal kat dalam rumah/ruang tamu. Nanti karpet mahal basah, anak pula kita cuci.

7. Latih anak 3 hari pertama dengan sela masa berbeza.

– Hari pertama contoh bawa anak setiap 30 min sekali.
– Hari kedua bawa setiap satu jam sekali.
– Hari ketiga, bawa setiap 2jam sekali.

Pastikan masa train tu, betul2 ZERO pampers.
– Waktu malam pula, elakkan bagi anak minum air yang banyak waktu malam supaya dia tidak kerap kencing malam. Pastikan anak kencing dahulu sebelum tidur dan ingatkan berkali-kali yang dia tak pakai pampers malam tu.
Buat latihan sekurang-kurang dua minggu.

8. Elakkan marah anak kalau dia terkucil di lantai/seluar.

Nanti elok dia nak beri kerjasama, tetiba dia mogok. Paling biasanya dia tahan pula nak membuang. Ada tu terkucil bila dengar suara tarzan mak dan ayah.

9. Sabar. Kalau minggu ni gagal, minggu depan cuba lagi.

10. Jangan lupa pula ajar anak cara cuci kemaluan selepas membuang. Bab buang air besar tu mungkin kita boleh lagi bantu kan.

11. Bagi rewards pada anak bila melepasi fasa latihan tertentu supaya anak seronok.

12. Jangan bezakan anak orang lain, anak-anak sebelum dengan anak sekarang. Sebab budak-budak ni perkembangan berbeza-beza.

Diharap perkongsian ini dapat membantu ibu bapa di luar sana. Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Cara Memilih Pemimpin Dalam Islam kini menjadi kata kunci yang paling banyak di cari dan dianggap menjadi issue yang cukup kontroversial

KEADAAN YANG MEMERLUKAN ORANG AWAM ‘BERIJTIHAD’

Amalkan ayat ruqyah sebagai pendinding diri dari gangguan jin dan syaitan

Artikel ini disiarkan pada 25/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)