Kajian tunjuk pengguna Iphone lebih banyak habiskan duit beli aplikasi berbanding android

Kajian tunjuk pengguna Iphone lebih banyak habiskan duit beli aplikasi berbanding android.Berdasarkan kepada laporan kaji selidik yang dijalankan oleh laman analisis BuildFire, mereka dapati pengguna peranti pintar Apple lebih banyak membelanjakan wang mereka untuk membeli aplikasi-aplikasi berbayar, melanggan serta membuat pembelian dalam aplikasi yang ditawarkan menerusi Apple App Store.

Setakat suku ketiga tahun 2021 sahaja, Apple App Store telah merekodkan peningkatan hasil jualan sebanyak USD21.5 bilion. Jumlah itu adalah hampir 2 kali ganda berbanding apa yang diperolehi menerusi Google Play Store iaitu hanya sebanyak USD12.1 bilion.

Ini sekaligus menunjukkan pengguna Apple lebih rela membelanjakan wang mereka di App Store berbanding pengguna Android bagi membelanjakan wang mereka bagi membeli aplikasi, melanggan atau membuat pembelian dalam aplikasi.

Kajian tunjuk pengguna Iphone lebih banyak habiskan duit beli aplikasi berbanding android

Walhal pengguna Android dianggarkan memiliki lebih daripada 2.8 bilion pengguna aktif. Sementara pengguna Apple iPhone di seluruh dunia dianggarkan hanya miliki seramai lebih daripada 1 bilion pengguna aktif sahaja.

Penguasaan peranti Android dalam pasaran juga adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 72.2% berbanding peranti iOS hanya sebanyak 26.9% setakat suku ketiga 2021.

BACA JUGA: Rahsia terbongkar, ini rupanya 14 punca ramai calon gagal temuduga kerajaan

Makan di medan selera je, tapi harga nasi campur cekik darah, RM23 sepinggan!

Terlambat ke sekolah, didikan Faizal Tahir pada anak-anak curi tumpuan

Artikel ini disiarkan pada 10/02/2022