kantoi!! Degil makan satu meja,10 dikompaun

kantoi!! Degil makan satu meja,10 dikompaun

Tindakan sekumpulan individu yang ingkar arahan makan satu meja untuk dua orang sahaja mengundang padah apabila kesemua mereka dikenakan kompaun di sebuah kafe di Seksyen 13, di sini malam tadi.

Seramai 10 individu berusia 18 tahun hingga 22 tahun yang merupakan pelanggan di kafe itu dikompaun kerana berada di satu meja.

Malah, perbuatan kesemua individu yang degil membongkar bahawa kafe beroperasi sejak lima tahun itu tidak mempunyai lesen perniagaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan pelanggan kafe yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, sebuah pasukan digerakkan ke lokasi kira-kira pukul 9.25 malam tadi dan mendapati pelanggan berada di satu meja dengan bilangan seramai 10 orang.

“Kita mengeluarkan kompaun terhadap kesemua mereka kerana melanggar SOP PKP. Pemeriksaan terhadap pengurus kafe warga Bangladesh berusia 35 tahun mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Buat masa ini, pemilik kafe adalah warga tempatan berada di Port Dickson diarah hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan, namun kompaun akan dikeluarkan kepadanya.

“Polis berharap orang ramai dan peniaga tidak menyalahgunakan kebenaran diberikan kerajaan dan terus patuhi SOP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan membenarkan pembukaan untuk makan dalam kafe berbanding sebelum ini secara bungkus bawa balik atau penghantaran.

Malah, kerajaan juga memutuskan membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan yang ditutup susulan PKP bulan lalu demi memastikan kelangsungan ekonomi para peniaga kecil yang terkesan teruk di seluruh negara.

Sumbeer:https://www.utusan.com.my/covid-19/2021/02/10-dikompaun-degil-makan-satu-meja/

Artikel ini disiarkan pada 12/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)