Kantoi!!! Umur 18 tahun dah pakai BMW, rupanya edar dadah

Kantoi!!! Umur 18 tahun dah pakai BMW, rupanya edar dadah

Semua orang pernah berangan-angan mahu memiliki kereta mewah pada usia yang muda. Tapi ianya agak mustahil sekiranya kita tidak mempunyai latar belakang keluarga yang mewah.

Pada hari Rabu yang lalu, pihak Polis Kelantan telah menahan seorang remaja yang baru berusia 18 tahun dan bapanya yang bekerja sebagai penjual besi buruk di Tanah Merah kerana terlibat dengan satu sindiket pengedaran dadah.

Dua beranak itu yang masing-masing berusia 18 tahun dan 60 tahun mengamalkan gaya hidup mewah di mana remaja terbabit memiliki sebuah kereta model BMW 6 Series.

 

Dua serbuan berasingan telah dibuat dan pihak polis berjaya menahan tiga individu di sebuah bangsal di tepi jalan di Kampung Tok Che Dol. Pada serbuan pertama jam 3.45 petang itu, pihak polis merampas 800 biji pil yaba bernilai RM8,000 serta menyita dua motosikal bernilai RM10,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata,

“Hasil siasatan mendapati, tiga suspek berkenaan mempunyai satu hingga lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah serta hasil ujian air kencing juga positif methamphetamine,” katanya dalam satu sidang media.

Sheik Azhar Sheik Omar berkata, serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah di Gual Ipoh hasil maklumat yang diperoleh sebelum menahan dua beranak berusia 18 dan 60 tahun jam 4.30 petang semasa mereka berada di dalam dan luar rumah.

“Hasil pemeriksaan di hadapan rumah iaitu kawasan semak menemui 5,000 biji pil yaba, 26 botol heroin seberat 104 gram dan 100 gram syabu bernilai RM112,000.

“Kita juga merampas dua kereta milik dua beranak berkenaan iaitu sebuah BMW, Perodua Myvi dan Proton Satria serta tiga motosikal dengan nilai keseluruhan RM193,829.

“Kita juga percaya kereta mewah yang dirampas adalah hasil jualan dadah,” katanya.

Pihak polis mendapati kelima-lima suspek mempunyai kaitan antara satu sama lain dan dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di Tanah Merah sejak awal tahun 2020.

Sumber:https://themalaysialife.com/budak-kelantan-umur-18-tahun-dah-pakai-bmw-rupanya-edar-dadah/

Artikel ini disiarkan pada 11/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)