Kecoh lelaki pukul orang tua, akhirnya berjaya ditangkap dan dibelasah orang ramai

Kecoh lelaki pukul orang tua, akhirnya berjaya ditangkap dan dibelasah orang ramai.Tidak pastilah apa salah pasangan suami isteri ini sampai kau sanggup tendang kepala orang tua yang tidak bermaya. Sakit betul hati ni bila tengok video yang baru sahaja dikongsikan di Facebook beberapa jam lalu.

Video yang dikongsikan Taa Qyum itu telah berjaya dirakam seorang individu yang menyorok disebalik tingkap bersebelahan rumah mangsa.

Ia menunjukkan seorang lelaki yang dalam keadaan marah menendang kepala seorang lelaki warga emas yang terduduk di tanah bersama isterinya.

Kecoh lelaki pukul orang tua, akhirnya berjaya ditangkap dan dibelasah orang ramai

 

Isteri mangsa dilihat merayu agar mereka tidak diapa-apakan tetapi suspek yang masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang terus menendang mangsa dari arah belakang.

Kecoh lelaki pukul orang tua, akhirnya berjaya ditangkap dan dibelasah orang ramai

Punca kejadian tidak dapat dipastikan dan kita masih menanti laporan apa yang sebenarnya berlaku.

Setakat ini, orang ramai hanya mampu meletakkan tanda #PDRM bagi menarik perhatian pihak berkuasa. Lokasi kejadian juga masih belum dapat dipastikan lagi.

Artikel ini disiarkan pada 16/02/2022