Kehadiran mengejut Agong dan keluarga, “Spotcek sikit KFC tu kadang-kadang size ayamnya…”, usik netizen

Kehadiran mengejut Agong dan keluarga, “Spotcek sikit KFC tu kadang-kadang size ayamnya…”, usik netizen

Kehadiran mengejut Agong dan keluarga, “Spotcek sikit KFC tu kadang-kadang size ayamnya…”, usik netizen. Kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menikmati santapan makanan segera KFC menarik perhatian netizen.

Kunjungan baginda sekeluarga di restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk makan tengah hari bukan sahaja dikagumi tetapi juga mendapat usikan.

Sebelum ini ramai yang menegur saiz ayam yang kecil dihidangkan oleh rangkaian makan segera tersebut.

Dalam ruangan komen Facebook Istana Negara yang berkongsi gambar keluarga diraja itu menikmati santapan tengah hari rata-rata mengusik sama ada keluarga diraja tersebut turut dihidangkan dengan ayam yang bersaiz kecil.

“Daulat tuanku raja yang berjiwa rakyat memang terbaik,” kata Hatimin Ttr.

“Baginda boleh sahaja titahkan KFC hantar ke istana atau buka restoran kat istana. Tapi sikap berjiwa rakyat tuanku sanggup spend masa kat luar utk bersama rakyat. Daulat tuanku,” kata Mohd. Razif Sohimi.

“Steady tuanku… terbaik. Spotcek sikit KFC tu kadang-kadang size ayamnya macam free gift pulak,” usik Latifah Hassan.

“Mesti staf kelam kabut masuk stor cari stock ayam paling besar untuk tuanku kan gurau-gurau. Daulat tuanku,” kata Hanif Salehuddin.

“Yang di-Pertuan Agong pun beratur. Tapi pegawai ada yang minta anak buah beratur dia main telefon kat table,” komen Wan Zaeem.

“Daulat tuanku! Entah macam mana perasaan cashier yang ambil order tu,” Raynold Thomas.

Sementara itu Istana Negara berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail untuk menikmati santapan tengah hari.

Turut berangkat anakanda dan cucunda Seri Paduka Baginda berdua.

Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.

Selesai santapan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran.

Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.

BACA JUGA:

Whatsapp tidak berfungsi lagi mulai 1 Januari

Kedudukan unik NSIP sebagai MIP Yang-Pertama, tarik pelabur luar, wujud 50,000 peluang pekerjaan tempatan

Pengusaha taman team air yang sangat degil, diambil tindakan selepas beberapa kali melanggar notis

Artikel ini disiarkan pada 30/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Kehadiran mengejut Agong dan keluarga, “Spotcek sikit KFC tu kadang-kadang size ayamnya…”, usi… […]