Kejadian pilu di tahun baru, dua beradik ditinggal di rumah dan mati rentung

Kejadian pilu di tahun baru, dua beradik ditinggal di rumah dan mati rentung

Kejadian pilu di tahun baru, dua beradik ditinggal di rumah dan mati rentung.

Dua beradik ditemukan rentung selepas rumah mereka di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanggut, di sini, terbakar, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Al Qayyum Muhammad Fauzan, 9, dan adik perempuannya, Nur Syaza Alfisya Muhammad Fauzan, 6.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis, berkata difahamkan ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci dengan ibu bapa mangsa keluar rumah.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.54 pagi tadi.

“Seramai 17 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah rumah teres terbakar 70 peratus dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya menemui dua mangsa iaitu masing-masing dua kanak-kanak berusia sembilan dan enam tahun rentung dalam kejadian itu.

BACA JUGA:

Shahidan Kassim dakwa Ahli Parlimen PN tidak diberi peruntukan

Ikuti Kisah Harut Marut yang diceritakan di dalam al-Quran

Pernah dengar G6PD? Jom ambil tahu penyakit yang tiada ubat ini

Artikel ini disiarkan pada 02/01/2023

COMMENTS

Wordpress (0)