Kenapa Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS?

Kenapa Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS?Sehingga artikel ini ditulis, masih ramai ramai pemohon Pengeluaran Khas KWSP 10k yang masih menanti adakah permohonan mereka ini di luluskan oleh KWSP atau tidak.

Boleh dikatakan, hampir setiap hari pemohon akan login Pengeluaran Khas KWSP semata-mata untuk buat semakan KWSP RM10k, yang akhirnya kecewa kerana masih mendapat paparan status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA KWSP.

Masih lagi belum bertukar ke warna hijau yang menunjukkan status LULUS.

Kenapa ini berlaku?

Menurut pihak KWSP di laman Facebook, ini bermaksud permohonan Pengeluaran Khas KWSP anda telah diterima oleh pihak KWSP, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Seperti yang diberitahu tadi, status ini bermakna ia telah confirm diterima oleh pihak KWSP, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Ini juga bermakna siapa hantar dulu, permohonan dia akan diproses terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, anda harus faham bahawa status terima itu tidak bermakna lulus. Macam kita pos barang ke sesuatu tempat. Hantar tidak bermakna dapat.

Jika status masih lagi belum bertukar dan masih lagi terima paparan PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA, ada kemungkinan belum sampai giliran anda untuk diproses permohonan KWSP 10k.

Jangan risau sampai tak tidur malam kalau status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA masih belum bertukar . Sila tunggu dengan tabah dan banyak-banyak berdoa.

Semoga giliran kelulusan anda diproses dengan cepat.

Sila teruskan cek KWSP 10k melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Satu hari sepuluh kali pun tak apa. Cuma letihlah jika buat semakan banyak kali. Ada baiknya chill-chill dan kekal bertenang.

Walau bagaimanapun, ada pemohon yang komen di Facebook rasmi KWSP mengatakan menerima sudah menerima status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN dan menerima tarikh 21 April 2022 sebagai tarikh pembayaran.

Buat masa ini, kami masih belum dengar ada yang menerima tarikh 20 April sebagai tarikh bayaran KWSP 10k.

Semakan di laman Facebook rasmi KWSP juga tidak menunjukkan apa-apa kemaskini terbaru. Posting terakhir adalah pada 16 April 2022 berkenaan pembayaran KWSP 10k yang akan dibayar secara berperingkat.

Menurut maklumat terkini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Facebook peribadi beliau, pembayaran bagi pengeluaran KWSP 10k ini akan diawalkan.

Tarikh pembayaran yang dijanjikan untuk bayaran KWSP 10k sebelum ini ialah pada hari Rabu, 20 April 2022. Dengan pengumuman Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tarikh baru bayaran KWSP 10k ialah pada hari Isnin, 18 April 2022.

Perubahan tarikh ini adalah berikutan banyak komen-komen pemohon dan netizen di media sosial yang mahukan pembayaran awal kerana ingin membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri 2022.

Walau bagaimanapun, apabila mereka membuat semakan di i-AKAUN, sudah ada tarikh pembayaran KWSP 10k.

Jadi, sekiranya pernah mohon pengeluaran KWSP yang dulu-dulu dan telah mendaftar i-Akaun online sebelum ini, anda juga boleh check status LULUS Pengeluaran Khas KWSP.

Melalui Withdrawal History di dalam i-AKAUN, anda boleh semak tarikh pembayaran KWSP 10k dan anggaran bila duit akan masuk ke dalam akaun bank.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk semak status Pengeluaran Khas KWSP 10k:

Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/loginhttps://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
Masukkan USER ID
Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
USER ID bukan nombor ahli KWSP
Tekan butang Next
Masukkan PASSWORD
Tekan butang Login
Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
PROFILE
NOMINATION
SIMPANAN SHARIAH
MY ACCOUNT
ENQUIRY
INVESTMENT
WITHDRAWAL
INBOX
Klik WITHDRAWAL
Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda
Lihat tarikh bila duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank
Selesai

 

Baca :Menteri kesihatan akan umum ‘sesuatu’ minggu depan

 

Artikel ini disiarkan pada 19/04/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Kenapa Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS? […]