Kerajaan tidak perlukan lagi khidmat MPN, fungsi bertindih malah banyak lebihan kos yang terpaksa ditanggung

Kerajaan tidak perlukan lagi khidmat MPN, fungsi bertindih malah banyak lebihan kos yang terpaksa ditanggung

Kerajaan tidak perlukan lagi khidmat MPN, fungsi bertindih malah banyak lebihan kos yang terpaksa ditanggung. Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditamatkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan tidak memerlukan lagi khidmat majlis itu kerana fungsinya bertindih dengan fungsi agensi dan badan kerajaan yang lain selain mengakibatkan lebihan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan.

Anwar berkata, kerajaan juga sedang mengkaji beberapa lagi badan dan agensi kerajaan, termasuk Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) bagi mengurangkan tanggungan kerajaan.

“MPN dibatalkan. Itu juga satu badan yang bertindih, satu jawatan untuk memenuhi keperluan ketika itu.

“Ada cadangan berkenan GIACC dan kita akan teliti kerana banyak badan yang berlaku pertindihan. Kalau bidang itu boleh dikendalikan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau PDRM (Polis Diraja Malaysia) itu kita nak kurangkan kerana tiap agensi bertindih akan ada kos.

“Yang penting dalam Pusat Governans (GIACC) itu, prinsip itu diterima tapi tak boleh terlalu banyak sepertimana saya lakukan dengan Ketua Setiausaha Negara.

“Malah tugas PM pun banyak saya lepaskan supaya dipertanggungjawab kepada Timbalan-Timbalan PM, tapi kalau boleh digabungkan lebih elok,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra, kemarin.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Jemaah Menteri juga telah meminta Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia untuk mempercepatkan kemasukan pekerja asing bagi memenuhi keperluan tiga sektor utama iaitu perladangan, perkhidmatan dan pembinaan.

“Ketiga-tiga sektor ini harus diberi tumpuan kerana kelewatan kelulusan menyebabkan usaha pengeluaran terganggu,” katanya lagi.

Selain itu Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju agar agensi kerajaan berkaitan kelulusan perniagaan dapat bergerak dengan lebih efisien.

“Kita pastikan, mulai sekarang cara jentera kerajaan atau jabatan yang mengurus permohonan perniagaan itu harus lebih pantas, cepat dan efisien… saya dan Ketua Setiausaha Negara akan bantu selaraskan semua supaya kepesatan kelulusan ini dapat dilakukan.

“Saya percaya penglibatan dalam penyelarasan ini dapat membantu kerana sekarang ini sudah ada petanda sangat positif, pengusaha dan pelabur yang datang dan bertanya dan kita harus mulakan tunjukkan ada kaedah dan cara kelulusan tindakan yang lebih pesat dikesan seluruhnya,” kata Anwar lagi.

BACA JUGA:

Permohonan peguam Ebit Lew ditolak sama sekali

Berita baik untuk ibubapa dengan pengumuman ABP, kini untuk warga pekerja pula

Simpati dan empati nasib mangsa banjir, wajar batalkan acara bergembira di Dataran Merdeka

Artikel ini disiarkan pada 22/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Kerajaan tidak perlukan lagi khidmat MPN, fungsi bertindih malah banyak lebihan kos yang terpaksa di… […]