Kerana gila Piala Dunia, pelajar sanggup ponteng kelas, komen pensyarah

Kerana gila Piala Dunia, pelajar sanggup ponteng kelas, komen pensyarah

Kerana gila Piala Dunia, pelajar sanggup ponteng kelas, komen pensyarah. Seorang pensyarah meluahkan rasa kesal selepas ramai pelajarnya bertindak ponteng kelas dipercayai gara-gara menonton final Piala Dunia Ahad lepas.

Pensyarah itu yang dikenali sebagai Abdullah Bukhari melalui satu hantaran di Facebooknya berkata, dia begitu geram apabila hanya lima orang pelajar sahaja yang hadir ke kelas kemarin.

“Piala Dunia yang memalangkan sesetengah pelajar, geram dengan kelas pagi ini cuma ada lima pelajar dalam kelas.

“Selebihnya hilang tak nampak bayang, sudahlah kelas hari Isnin tahun ini banyak bertembung dengan cuti umum. Berapa kali saja dapat bertemu dan mengajar silibus yang ketinggalan,” katanya.

Katanya, dia menjangkakan pelajar-pelajar yang tidak hadir itu tidur lewat kerana menonton final Piala Dunia malam tadi.

“Kalau benar apa yang dijangka, malang sungguh pelajar yang salah tidak tahu membezakan keutamaan,” tegasnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna meluahkan rasa kesal dengan tindakan pelajar-pelajar berkenaan yang turut disifatkan tidak menghormati pensyarah.

“Takutnya memikirkan kualiti graduan akan datang.” kata Cik Mal.

“Bertabah ya Ustaz. Suka duka, dugaan pendidik tak lari dari semua ini.Jangan patah semangat ya,” kata Acu.

“Ia berkait tentang keutamaan dan pengurusan masa. Masa saya di universiti dulu, buat apa sekalipun pada sebelah malamnya, akan tetap pergi kelas pukul 8 pagi,” kata Jules.

“Baru tadi ada kawan cerita, pelajar dia WhatsApp dan cakap terus-terang tak dapat datang sebab mata bengkak tengok final worldcup. Terdiam kawan itu dibuatnya,” cerita Sajida.

BACA JUGA:

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin mahu kerajaan saman media antarabangsa

Selepas dibahas lebih daripada 3 jam, keputusan berpihak pada Anwar Ibrahim

Lima meninggal menjadikan keseluruhan korban seramai 36, 800 orang

Artikel ini disiarkan pada 20/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)