Kerana ikan pemancing gaduh dengan buaya

Kerana ikan pemancing gaduh dengan buaya.Seorang pemancing terpaksa berdepan insiden cemas berebut dengan seekor buaya seekor ikan sepanjang kira-kira satu meter di Wilayah Utara, Australia baru-baru ini

Kejadian berlaku apabila pemancing tersebut berjaya menangkap ikan tersebut dengan menggunakan pancingnya di tepi sebatang sungai di wilayah tersebut.

Bagaimanapun, seekor buaya yang melihat ikan tersebut bergerak di dalam air kerana memakan umpan telah berenang mengikut pergerakan hidupan sungai tersebut.

Buaya itu yang mahu menjadikan ikan tersebut makanannya kemudian berenang sehingga ke tepian sebuah struktur konkrit.
Bagaimanapun, pemancing itu tidak melepaskan ikan berkenaan ke sungai sebaliknya dia terus menarik hidupan tersebut dan cuba melarikan diri dari buaya berkenaan.

Usahanya itu kemudian berjaya apabila buaya berkenaan tidak lagi meneruskan ‘pemburuannya’ selepas gagal menerkam dan membaham ikan tersebut.

Buaya sepanjang kira-kira empat meter itu akhirnya berhenti daripada ‘mengejar’ ikan berkenaan selepas terhalang di kawasan konkrit di tepi sungai berkenaan.

Kejadian itu turut dirakamkan oleh seorang pelancong di tempat kejadian.

Baca:‘MySejahtera dalam kenangan, kami dah bebas’

Artikel ini disiarkan pada 12/05/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca:Kerana ikan pemancing gaduh dengan buaya […]