Kerana masak maggie Lelaki cerai isteri

Kerana masak maggie Lelaki cerai isteri

Kerana masak maggie Lelaki cerai isteri.Seorang lelaki di India dilaporkan telah meminta cerai kerana isterinya hanya pandai memasak mi Maggi untuk dimakan, lapor akhbar Indian Express.

Hakim utama daerah dan mahkamah sesyen, ML Raghunath pada Jumaat lalu bercakap mengenai kes perkahwinan di mana satu pasangan telah memfaikan cerai disebabkan isu yang kecil.

Menurutnya, kes tersebut berlaku ketika dia menjadi hakim di daerah Ballari, negeri Karnataka.

“Lelaki itu berkata isterinya tidak tahu memasak makanan selain mi Maggi. Mi segera disediakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

“Dia mengadu bahawa isterinya pergi ke kedai dan hanya membeli mi segera kerana tidak pandai memasak hidangan lain,” kata Raghunath.

Tambah Raghunath, pasangan itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama.

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian kepada pertikaian perkahwinan adalah sedikit sukar dan kebanyakan mereka merujuk semula setelah memikirkan masa depan anak-anak.

“Kami menggunakan sentimen untuk membawa kompromi dalam kalangan pasangan dan menyatukan mereka semula. Ia lebih kepada masalah psikologi berbanding fizikal,” jelas beliau.

Dalam kebanyakan kes, walaupun pasangan merujuk semula, parut pertikaian mereka masih kekal.

Baca:Telekung RM16,000 – Perkongsian ‘Founder’ Ini Undang Perbincangan Netizen

Artikel ini disiarkan pada 01/06/2022

COMMENTS

Wordpress (0)