Kereta mainan budak kena tunda akibat tak bayar parkir

Kereta mainan budak kena tunda akibat tak bayar parkir

Kereta mainan budak kena tunda akibat tak bayar parkir. Satu rakaman video di Britain yang menunjukkan kereta mainan kanak-kanak ditunda menjadi tular dalam aplikasi TikTok, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menerusi muat naik dalam akaun @Drose3pt, sebuah trak tunda dirakam mengangkut kereta mainan berwarna merah jambu itu yang dipercayai kerana kesalahan meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya atau tidak membayar tiket parkir.

“Kasihan, pemandunya (kanak-kanak) mungkin singgah di kedai untuk membeli aiskrim,” tulis pengguna tersebut.

Video itu mencatat lebih 170,000 tontonan dan menerima 36,000 tanda suka.

Seorang pengguna media sosial meninggalkan komen berseloroh mengatakan bahawa majlis bandar raya di London akan menunda apa sahaja.

Kereta mainan budak kena tunda akibat tak bayar parkir

“Pasti pegawai tiket parkir mendapat bonus lebih pada bulan ini kerana berjaya menyaman kereta mainan.
.

@mixtapemadness Went to get an ice lolly 🍦😂@drose3pt #ukhumour #ukcomedy #fyp #foryou ♬ original sound – Mixtape Madness

“Ini adalah pengajaran kepada kanak-kanak bahawa tiada benda percuma di dunia ini,” kata seorang lagi netizen.

BACA:

Tahniah Rafizi Menang di 7 negeri

Shamsul Iskandar tewas di Hang Tuah Jaya

Artikel ini disiarkan pada 30/05/2022

COMMENTS

Wordpress (0)