Kereta Syuk kemalangan jatuh gaung, netizen kata “doa dah termakbul”

Kereta Syuk kemalangan jatuh gaung, netizen kata “doa dah termakbul”.Sejak dua hari ,lepas, tular sebuah video pelawak Shuk Sahar bersama seorang wanita di sebuah warung, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar.

Video tersebut pada mulanya dikongsi seorang warganet di TikTok sebelum dikongsi di beberapa platform media sosial lain.

Terbaru, ada seorang pengguna tiktok memuatnaik video bersama Shuk di satu tempat kem4langan. Tidak pasti kepunyaan siapa kereta itu, tapi di ruangan komen rata-rata netizen mengatakan itu kereta Shuk.

Menerusi rakaman tersebut, pelawak berusia 36 tahun itu turut dilihat berada di lokasi kejadian sambil memerhati keretanya diangkat naik ke atas jalan.

Biarpun sedang diuji, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar dilihat tenang dan masih mampu ketawa.

Kereta Syuk kemalangan jatuh gaung, netizen kata "doa dah termakbul"

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan komen daripada Shuk gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut menarik netizen yang turut meninggalkan pelbagai komen dan respons.

Malah, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan sejak bila pelawak ini menggunakan kereta Myvi sedangkan sebelum ini model berbeza.

“Lain kan kalau orang biasa punya kereta jadi begitu, hati remuk. Tapi artis boleh gelak, relax beli lagi apa ada hal.

Shuk dan isteri mempunyai dua orang anak.

“Kereta ini juga dia pakai pergi lepak Padang Kota hari itu kat Penang, memang kereta dia kan,” komen beberapa netizen.

Selain itu, warganet turut menyeru pengguna lain untuk ‘tag’ akaun TikTok isteri kepada Shuk iaitu Rossa Sera supaya tahu tentang kemalangan tersebut.

Untuk rekod, status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Dalam video tersebut, pengguna tiktok itu meminta izin Shuk terrlebih dahulu untuk membuat rakaman video. Kelihatan Shuk masih tenang sementara menunggu keretanya diselamatkan.

BACA JUGA : Cristiano Ronaldo catat rekod baru, manusia paling banyak pengikut di Instagram dengan 400 Juta

Hacker berjaya godam muka Scammer, cuak mukanya dah terdedah

Isteri terkantoi main dengan lelaki bujang, terpaksa menyorok dalam almari elak dicekup

Artikel ini disiarkan pada 09/02/2022