Kerusi plastik dijual hampir RM3,000 ini sebabnya

Kerusi plastik  dijual hampir RM3,000 ini sebabnya

Kerusi plastik dijual hampir RM3,000 ini sebabnya.Kerusi plastik yang diduduki juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dijual melebihi £500 (RM2,776).

Pemandu Mercedes itu duduk di atas kerusi itu di sebuah stesen minyak di Malaysia.

Hamilton berada di sana bersama rakan sepasukan Mercedes, George Russell.

Pasangan pemandu itu berada di ibu kota Kuala Lumpur bagi menghadiri Petronas Welcome Home Programme.

Kerusi plastik  dijual hampir RM3,000 ini sebabnya

Ketika berada di stesen minyak itu, Hamilton berehat seketika dengan duduk di atas kerusi yang disediakan.

Penjual yang bijak segera mengambil kesempatan bagi mendapatkan wang apabila mula menjual kerusi itu di laman e-dagang Shopee, lengkap dengan gambar punggung Hamilton.

Dan ia dijual pada harga ‘gila’ £525 (RM2,915).

Penjual, Lima Bintang Auto Parts menyenaraikan barangan itu sebagai “kerusi pelumba F1 Lewis Hamilton duduk (barangan sukar ditemui)” dan ia hadir dengan lambang ‘tulen’.

Penjual itu juga dilaporkan membungkus kerusi itu untuk mengekalkan “kesegaran” bekas tempat duduk Hamilton.

Baca :Surat cinta ditemukan selepas 56 tahun, isinya menakjubkan

Artikel ini disiarkan pada 15/04/2022

COMMENTS

Wordpress (0)