Kita hanya sokong Belanjawan COVID-19 sahaja

Terlampau banyak persoalan yang berbangkit daripada Belanjawan 2021, sedangkan ia sepatutnya memberi fokus kepada usaha menangani COVID-19, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, antara perkara yang menimbulkan kegusaran ialah, unjuran pendapatan yang mengelirukan, pemindahan wang untuk dijadikan pendapatan kerajaan, dan tumpuan yang tidak sepatutnya kepada perbelanjaan pembangunan (CapEx).

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia seakan-akan tersasar daripada apa yang sering diperkatakan Kerajaan sebelum ini, iaitu fokus Belanjawan adalah untuk mengawal pandemik itu.

“Pandangan saya, kita akan hanya sokong kalau ia benar-benar Belanjawan COVID-19. Dalam keadaan sekarang terlalu banyak persoalan, unjuran, peruntukan COVID-19, pemindahan wang dan peruntukan pembangunan yang bukan jadi keutamaan.

“Saya usulkan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz) benar benar teliti, dengar hujah, supaya hal COVID-19 diberi keutamaan. Kita (pembangkang) diberitahu, digesa, dinasihat supaya sokong Belanjawan COVID-19, dan kita hanya akan sokong Belanjawan COVID-19…bukan yang lain,” katanya lagi.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hanya-sokong-belanjawan-2021-kalau-ia-benarbenar-mengenai-covid19-anwar-ibrahim-267570

Artikel ini disiarkan pada 09/11/2020

COMMENTS

Wordpress (0)