Konsisten dengan perjuangan, Ahli Parlimen PH terus gesa bebas tahanan SOSMA

Konsisten dengan perjuangan, Ahli Parlimen PH terus gesa bebas tahanan SOSMA

Konsisten dengan perjuangan, Ahli Parlimen PH terus gesa bebas tahanan SOSMA.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang Selangor itu berkata, beliau bersama Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo akan memanjangkan isu berkenaan kepada menteri terbabit.

“Gobind Singh telah keluarkan kenyataan memberikan gambaran yang sebenarnya dan saya setuju sangat dengan pandangan Gobind Singh,” katanya selepas menerima memorandum rayuan pembebasan mangsa tahanan Akta Sosma 2012 daripada keluarga tahanan Sosma dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Sesi penyerahan memorandum itu turut dihadiri oleh lima lagi Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran (Batu), RSN Rayer (Jelutong), Chow Yu Hui (Raub), Tan Hong Pin (Bakri) dan Chiew Choon Man (Miri).

Ganabatirau berkata, sebagai bekas tahanan ISA selama 495 hari beliau cukup memahami masalah dilalui ahli keluarga mangsa tahanan Sosma.

Dalam pada itu, Prabakaran berkata, semua pihak perlu memberikan masa kepada menteri bagi menilai Akta Sosma.

Namun, beliau menegaskan bahawa “tekanan” daripada pihaknya akan terus berjalan.

“(Saya) juga meminta prosiding mahkamah berjalan secepat mungkin supaya kita boleh membawa perkara ini (penahanan Sosma) ke mahkamah.

“Apa-apa pun, mahkamah kena putuskan,” kata Prabakaran ketika ditemui di pekarangan Parlimen.

Seorang ahli keluarga tahanan Sosma, Nirmala dari Sungai Petani merayu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar memberikan jawapan tentang punca penahanan anaknya.

“Tolong pandang, tengok kita punya soalan-soalan ini. Tolonglah bagi satu jawapan yang bagus untuk kita,” rayunya pada sesi penyerahan memorandum itu.

Minggu lalu, ahli keluarga tahanan Sosma mendesak Kementerian Dalam Negeri memberikan penjelasan berhubung punca penahanan ahli keluarga mereka bawah Akta Sosma.

Kata mereka, sehingga hari ini mereka masih tidak mengetahui punca di sebalik penahanan ahli keluarga terlibat, sejak pertengahan tahun ini.

BACA JUGA:

Penangan drama dan pelakon terkenal Mr. Bean, netizen boleh kaji mendalam pasal kereta SAGA Malaysia

Orang lain seronok layan WC, Amin pula menghadap 3 kematian sekaligus

Kerana gila Piala Dunia, pelajar sanggup ponteng kelas, komen pensyarah

Artikel ini disiarkan pada 21/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Konsisten dengan perjuangan, Ahli Parlimen PH terus gesa bebas tahanan SOSMA […]