Lagi aksi pantas daripada Anthony, menteri pastikan Malindo Air mohon maaf

Lagi aksi pantas daripada Anthony, menteri pastikan Malindo Air mohon maaf

Lagi aksi pantas daripada Anthony, menteri pastikan Malindo Air mohon maaf.

Menteri Pengangkutan telah mengarahkan pengurusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk memohon maaf kepada semua penumpang yang ‘tersadai’ di lapangan terbang baru-baru ini.

Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak Malindo Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas sebagaimana yang dinyatakan pihak syarikat itu ketika dihubungi beliau.

Anthony memberi respons tersebut menerusi ciapan di Twitternya, pada Isnin susulan aduan seorang pengguna Twitter, Mohd Firdaus Jailan yang juga merupakan penumpang yang terkesan.

“Salam Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya.

Pada Jumaat, Firdaus menerusi ciapan Twitter miliknya, meminta Anthony melakukan tindakan segera mengenai pengurusan Malindo Air yang didakwa tidak menjaga kebajikan penumpang apabila pesawat yang dijadualkan untuk mereka tergendala lebih 8 jam.

Video rungutan individu tersebut juga tular di media sosial menyebabkan orang ramai turut membuat gesaan dan mahu kerajaan memberi perhatian tentang perkara tersebut.

BACA JUGA:

Dua mayat belum dituntut, Hospital Balik Pulau cari waris

Nombor satu dalam hidup saya adalah dia. Kalau tak boleh jumpa saya dia boleh nangis, luah Fikry Ibrahim

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) mengakibatkan banjir sukar surut, keluh penduduk Jejulok

Artikel ini disiarkan pada 27/12/2022

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Lagi aksi pantas daripada Anthony, menteri pastikan Malindo Air mohon maaf […]

  • […] Lagi aksi pantas daripada Anthony, menteri pastikan Malindo Air mohon maaf […]