Lagi jenayah kolar putih dan profil tinggi berkait ahli perniagaan Malaysia

Lagi jenayah kolar putih dan profil tinggi berkait ahli perniagaan Malaysia

Lagi jenayah kolar putih dan profil tinggi berkait ahli perniagaan Malaysia. John Soh Chee Wen dan bekas rakan kongsinya Quah Su-Ling, dijatuhi hukuman penjara Singapura, selama 36 dan 20 tahun masing-masing.

Kedua-dua ahli perniagaan Malaysia ini terlibat dalam kes manipulasi pasaran saham terbesar republik itu sehingga mengakibatkan kerugian S$8 bilion (RM27 bilion) pada 2013.

Daripada Ogos 2012 hingga Oktober 2013, Quah dan Soh telah memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons serta LionGold.

Skim itu terbongkar pada 4 Okt 2013 apabila harga saham ketiga-tiga syarikat jatuh sehingga mengakibatkan kerugian S$8 bilion permodalan pasaran daripada SGX.

Quah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif IPCO International yang tersenarai di Bursa Saham Singapura (SGX) bersama Soh didakwa mempunyai kawalan, memperoleh pembiayaan untuk menjalankan aktiviti perdagangan tidak sah dan menyelaraskan penggunaan 189 akaun dagangan sekuriti mereka.

Akaun berkenaan didaftarkan atas nama 60 individu dan syarikat.

Soh juga didapati bersalah mengganggu empat saksi dengan meminta mereka berbohong kepada penyiasat selepas kejatuhan pasaran saham.

Sebahagian besar pertuduhan terhadap mereka membabitkan 106 kesalahan menipu iaitu memperdaya institusi kewangan dengan menyembunyikan penglibatan mereka dalam memberi arahan untuk membuat pesanan dan perdagangan.

Masing-masing disabitkan dengan 180 dan 169 pertuduhan selepas perbicaraan kes mereka berlangsung selama hampir 200 hari serta membabitkan kira-kira 100 saksi pendakwaan.

BACA JUGA:

Tentera Serbia dalam keadaan siap siaga penuh untuk bertempur pada bila-bila masa

Susulan pindaan Akta Kerja, majikan mungkin takut ambil pekerja wanita

Pelajar Politeknik Nilai meninggal dunia, keluarga mahu tindakan undang-undang diambil

Artikel ini disiarkan pada 29/12/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Lagi jenayah kolar putih dan profil tinggi berkait ahli perniagaan Malaysia […]

  • […] Lagi jenayah kolar putih dan profil tinggi berkait ahli perniagaan Malaysia […]