Lapan individu layak automatik ke Perhimpunan Agung UMNO, antara yang berlangsung 14 Januari nanti

Lapan individu layak automatik ke Perhimpunan Agung UMNO, antara yang berlangsung 14 Januari nanti

Lapan individu layak automatik ke Perhimpunan Agung UMNO, antara yang berlangsung 14 Januari nanti. UMNO akan membuat pindaan perlembagaan membabitkan pengguguran keahlian serta pertambahan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 11 hingga 14 Januari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pindaan dua fasal perlembagaan parti itu akan dibentangkan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, pembentangan pindaan perlembagaan itu akan berlangsung dalam PAU Khas pada 13 Januari nanti yang dijadualkan bermula kira-kira 11.30 pagi selepas selesai ucapan dasar Presiden.

“Perkara yang nak dipinda dalam perlembagaan UMNO bulan depan adalah ke atas Fasal 20.11. Ia menyebut seseorang ahli parti yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan, sama ada pada pilihan raya negeri atau Parlimen, akan tergugur keahlian secara automatik.

“Pindaan fasal berkenaan adalah untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti yang sudah diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

“Selain itu, UMNO akan turut meminda Fasal 8.4 supaya ketua penerangan bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri secara automatik menjadi perwakilan dalam PAU setiap tahun.

“Oleh itu, perwakilan akan bertambah seramai 191 orang masing-masing ke PAU, serta PAU membabitkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian, di Api-Api, di sini, hari ini.

PAU 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, telah ditangguhkan kepada 11 Januari sehingga 14 Januari.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian berkata, sebelum ini hanya tujuh individu daripada setiap bahagian parti yang secara automatik menjadi perwakilan pada PAU.

Katanya, ia membabitkan ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Wanita, Pemuda serta Puteri selain setiausaha bahagian.

“Namun dengan pindaan perlembagaan ini nanti, seramai lapan individu termasuk ketua penerangan bahagian dan sayap dari setiap bahagian layak secara automatik ke PAU berbanding perlu diundi sebelum ini.

“Rasional untuk mereka (ketua penerangan) menjadi perwakilan supaya dapat membawa mesej dan mengepalai mesej utama yang disampaikan pimpinan-pimpinan parti utama kepada bahagian dan peringkat sayap,” katanya.

Ditanya mengenai usul yang akan dibawakan pada PAU ini, Ahmad berkata, setakat ini empat usul sudah diluluskan Jawatankuasa Usul PAU yang diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Mahdzir Khalid.

“Empat usul yang akan dibahaskan nanti adalah solidariti UMNO, kos sara hidup dan ekonomi, tingkatkan tahap pendidikan rakyat da dan mendaulatkan agama Islam,” katanya.

BACA JUGA:

Lagi aksi pantas daripada Anthony, menteri pastikan Malindo Air mohon maaf

Jual penginapan tidak berdaftar dan berlesen, Ganesh gesa kerajaan ambil Tindakan tegas

Dua mayat belum dituntut, Hospital Balik Pulau cari waris

Artikel ini disiarkan pada 27/12/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Lapan individu layak automatik ke Perhimpunan Agung UMNO, antara yang berlangsung 14 Januari nanti […]

  • […] Lapan individu layak automatik ke Perhimpunan Agung UMNO, antara yang berlangsung 14 Januari nanti […]