Lelaki cerita pengalaman masuk penjara Kajang

Lelaki cerita pengalaman masuk penjara Kajang

Lelaki cerita pengalaman masuk penjara Kajang .Susulan pelbagai laporan di media mendakwa wujudnya penjara untuk VIP, ramai mula tertanya-tanya benarkah seperti yang didakwa. Biarpun pihak penjara menafikan perkara berkenaan, namun ia tidak menutup rasa ingin tahu orang awam bagaimana sebenarnya keadaan di dalam penjara itu.

Setakat pengetahuan ramai, kebiasaannya banduan ditempatkan di dalam sel dan disumbat beramai-ramai. Namun realiti keadaan di dalamnya kita tidak tahu.

Seperti video yang dimuatnaik seorang pengguna TikTok, dia ada berkongsikan kepada orang ramai pengalaman peribadinya masuk ke penjara Kajang. Bagaimanapun dia masuk ke sana bukan sebagai banduan tetapi sebagai seorang pengamal media yang menjalankan beberapa tugas di sana.

Pemilik akaun yang menggunakan nama faizalmurad berkata, keadaan di sana bukanlah seperti sangkaan ramai. Di sana, banduan bebas bergerak ke mana-mana dan tidaklah dikurung 24 jam. Malahan ketika dia sampai di penjara tersebut, jelas terlihat beberapa banduan berlegar-legar di kafeteria tetapi masih lagi dalam pemantauan warden penjara.

Rasa kemurungan, bilik sangat gelap
Lelaki itu juga berkongsikan bagaimana keadaan sel yang menempatkan banduan terasa sangat tidak selesa. Katanya, keadaan di dalam sel sangat gelap dan boleh membuatkan seseorang rasa kemurungan.

“Aku pergi dekat sel tempat dia orang tidur. Masa aku sampai, kawasan tu memang agak gelap. Dalam tu memang sangat gelap. Ada satu lorong di mana kiri dan kanan adalah bilik-bilik kecil yang setiap satu menempatkan beberapa banduan. Itulah tempat dia orang tidur, buang air dan sebagainya.

“Aku difahamkan, waktu malam sel akan ditutup dan dikunci. Bila aku pergi, ada gambar dan juga nama untuk setiap kesalahan yang dia orang buat. Setiap pintu sel ada nama dia orang dan kesalahan.

“Sumpah boleh rasa macam kemurungan masa dalam bilik sel ni. Very dark. and boleh rasa vibe tak selesa,” luahnya.

Dia juga memberitahu, ada tiga warna baju untuk membezakan banduan iaitu warna oren, biru dan hijau. Tetapi kebanyakan banduan yang dia jumpa mengenakan baju biru dan hijau.

Baju biru menandakan seseorang itu merupakan banduan paling lama dan kebanyakan dari mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Banduan baju biru ini juga kesalahannya sampai ke tahap membunuh.

Banduan boleh sambung belajar dan bekerja
Selain itu banduan sebenarnya boleh bekerja dan menyambung pelajaran. Menurut lelaki berkenaan, ada antara mereka bekerja sebagai pembuat roti untuk dihantar kepada penjara-penjara lain.

Bagi yang mahu menyambung pelajaran, mereka juga dibenarkan berbuat demikian kerana sememangnya ada kelas yang dilengkapi dengan peralatan seperti komputer.

https://vt.tiktok.com/ZSRDy2rpX/

Dikongsikan juga, ada banduan yang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Degree dan sedang menuju untuk menggenggam Master.

Baca:VIDEO Sadis !!! Penghantar barang ditetak di tengah jalan di Ampang

Artikel ini disiarkan pada 27/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)