Lembaga Pengarah Pos Malaysia Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary Letak Jawatan

Lembaga Pengarah Pos Malaysia Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary Letak Jawatan

Lembaga Pengarah Pos Malaysia Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary Letak Jawatan. Pos Malaysia Berhad mengumumkan peletakan jawatan Sharifah Sofia Syed Mokhtar Shah sebagai Pengarah Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 20 Disember 2022.

Sharifah Sofia telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat pada 13 April 2018.

Selepas berkhidmat dalam Lembaga Pengarah selama hampir lima tahun, Sharifah Sofia ingin meneruskan minat dalam pelaburan pasaran baru muncul, industri yang beliau terdedah sebelum ini, setelah memulakan kerjayanya sebagai seorang penganalisis musim panas di Morgan Stanley, Singapura.

Beliau juga merupakan Perunding Luar kepada Yayasan Bill & Melinda Gates dari Oktober 2015 hingga Mei 2016.

Sharifah Sofia juga pernah berkhidmat dengan Grameen Bank, Bangladesh di mana beliau memperoleh pengalaman dalam bidang kewangan mikro dan operasi perniagaan sosial.

Menurut Pos Malaysia, beliau memegang jawatan eksekutif dalam syarikat apabila beliau menyertai Pos Malaysia sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ketika itu dari Januari hingga Oktober 2017.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dari University of York, United Kingdom, seterusnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Pembangunan dari London School of Economics and Political Science dan juga merupakan Pelatih Kongres di Washington DC, Amerika Syarikat.

“Sharifah Sofia telah memberi sumbangan yang besar kepada Kumpulan melalui input dan pandangan berharga beliau dalam banyak bidang dengan perspektif yang bertenaga dan sudut pandangan yang menyegarkan.
“Lembaga Pengarah dan Pengurusan Pos Malaysia merakamkan penghargaan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan,” kata Pos Malaysia.

BACA JUGA:

PDRM terima laporan ahli Parlimen Baling kaitkan PM sebagai Ejen Israel

Media Prima berjaya memperolehi peningkatan keuntungan sebanyak 15%

Akui puas hati melihat prestasi kak Lina di GV9, tapi ini jawapan Norzeha

Artikel ini disiarkan pada 30/11/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Lembaga Pengarah Pos Malaysia Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary Letak Jawatan […]