Lima motorsikal terbabit kemalangan, berpunca kereta ubah haluan

Lima motorsikal terbabit kemalangan, berpunca kereta ubah haluan

Lima motorsikal terbabit kemalangan, berpunca kereta ubah haluan. Cuba mengelak sebuah kereta yang mengubah haluan dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26.4 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK), tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, ketika kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan dari arah Genting Highlands menghala ke Gombak.

“Sebuah motosikal dipercayai hilang kawalan selepas sebuah kereta yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran dan jenis, mengubah haluan masuk ke lorong penunggang motosikal terbabit.

“Ia menyebabkan seorang daripada penunggang motosikal berkenaan terbabas ke lorong kanan jalan dan terjatuh. “Empat lagi penunggang motosikal turut terbabas di atas jalan akibat gagal mengelak motosikal pertama yang jatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya, semua penunggang motosikal lelaki berusia antara 35 hingga 58 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan lain.

“Semua mangsa kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang dan menerima rawatan di Zon Merah dan Zon Kuning hospital terbabit.

“Dalam pada itu, pihak polis masih meneruskan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812 atau 03-61262222.

Terdahulu, BH melaporkan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) arah ibu negara perlahan lebih 11 kilometer dari KM37.7 (Genting Sempah-Gombak) akibat kemalangan itu.

Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata kemalangan itu menyebabkan lorong laju di lebuh raya berkenaan terhalang.

BACA JUGA:

Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2023 kini rasmi

Idea kreatif yang berjaya halang rumah dimasuki banjir, ikuti kisah Zuhri

Dr M yang kalah dan hilang deposit di Langkawi baru-baru ini, tiada keperluan langsung untuk hirau komen negatif terhadap Anwar

Artikel ini disiarkan pada 28/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Lima motorsikal terbabit kemalangan, berpunca kereta ubah haluan […]