Lokasi popular untuk ‘ngabuburit’ di bulan Puasa

Lokasi popular untuk ‘ngabuburit’ di bulan Puasa.PADA 28 September 2018, masyarakat dunia dikejutkan sekali lagi insiden gempa bumi pada skala 7.5 magnitud melanda kawasan Palu, Sulawesi, Indonesia.

Pusat gempa bumi ini terletak kira-kira 78 kilometer utara dari Kota Palu, iaitu di Kabupaten Donggala Sulawesi Tengah.

Gempa bumi kuat itu ‘hadir’ bersama tsunami dengan ketinggian maksimum antara empat hingga enam meter.

Akibat daripada bencana alam itu, lebih 1,200 individu dilaporkan terkorban, selain bangunan-bangunan di kawasan sekitar runtuh akibat dibadai ombak tsunami.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK

Gempa bumi tersebut telah menyebabkan Sulawesi Tengah diisytiharkan darurat selama 14 hari bagi memudahkan misi bantuan dan menyelamat digerakkan ke kawasan terjejas.

Lokasi popular untuk 'ngabuburit' di bulan Puasa

Kini, selepas hampir empat tahun, ‘amukan alam’ itu masih meninggal kesan di lokasi sekitar dan juga masyarakat.

Tetapi menariknya, di sebalik insiden itu – lokasi tersebut kini menjadi antara kawasan popular untuk orang awam melakukan aktiviti ngabuburit.

Ngabuburit adalah istilah tempatan, iaitu merujuk kepada waktu menunggu berbuka puasa. Ia lazimnya diserikan dengan pelbagai pengisian acara seperti persembahan nasyid, tazkirah, seminar ilmiah dan juga aktiviti budaya serta riadah.

Mereka yang hadir di kawasan tersebut tidak melepaskan peluang merakam swafoto berlatar belakangkan Masjid Terapung Arkam Babul Rahman.

Masjid tersebut yang masih berdiri kukuh antara bukti betapa dasyatnya kesan akibat tsunami.

“Seronok ngabuburit di sini, dengan pemandangan alam yang indah,” kata salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Ahmad, seperti dilapor ANTARA.

Ahmad menambah, pemandangan yang menakjubkan itu disifatkan sesuai untuk meluangkan masa menunggu waktu berbuka, selain menyajikan pemandangan alam yang
menakjubkan.

Seorang lagi pengunjung, Arsyad pula berpandangan, dia lebih suka kawasan pantai untuk ngabuburit berbanding tempat lain seperti bukit, kedai kopi, atau kafe.

“Rasanya lebih baik menunggu waktu berbuka di sini. Sambil menunggu, kita boleh menikmati bayu laut dan ombak sambil melihat nelayan menangkap ikan,” ujarnya.

BACA;

Harga terkini kereta perodua Axia model auto dan manual

Daniel dan Yazmin di kecam netizen berpada-padalah nak mesra pun

Wow! Yamaha 125zr Movistar kini dijual RM95,000, terhad 5k unit sahaja

Artikel ini disiarkan pada 08/04/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Lokasi popular untuk ‘ngabuburit’ di bulan Puasa […]

  • […] Lokasi popular untuk ‘ngabuburit’ di bulan Puasa […]