Mahasiswa menyeru Akta Anti Lompat Parti

Mahasiswa menyeru Akta Anti Lompat Parti

Dengan isu politik yang sentiasa hangat sekarang ini, golongan mahasiswa sebagai suara kuasa ketiga memainkan peranan penting menjadi pendesak terhadap mana mana kuasa yang dilihat korup.

Baru-baru ini Mahasiswa Amanah telah mengeluarkan kenyataan mereka menyeru pihak kerajaan segerakan Akta Anti Lompat Parti. Berikut merupakan kenyataan mereka.

Dalam konteks politik semasa, Mahasiswa Amanah menyifatkan tindakan lompat parti oleh beberapa wakil rakyat terhadap mana-mana parti adalah tindakan individualistik dan mengkhianati mandat rakyat.

Lebih parah pula, tindakan mementingkan diri sendiri ini telah menggoyahkan lagi kestabilan politik negara yang sudah tidak berasaskan prinsip demokrasi dalam penentuan kerajaan. Sekiranya situasi ini berlaku lagi pada masa akan datang, bimbang rakyat tidak akan percaya lagi dengan amalan demokrasi di Malaysia.

Bagi memulihkan amalan demokrasi, melalui parlimen pihak kerajaan wajib menggubal Akta Anti Lompat Parti selaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan bagi membendung budaya lompat parti. Sepertimana yang telah dilakukan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Mahasiswa Amanah menyeru agar ahli-ahli politik bertanggungjawab dengan setiap langkah mereka. Tanpa sebab munasabah, sikap tidak bermoral ini telah mengkhianati rakyat yang mengundi semasa pilihanraya.

Ini bukanlah sikap yang baik untuk diteladani oleh anak muda dan mahasiswa.

Hak kebebasan berpersatuan tertakluk pada moraliti.

Berita penuh:

COMMENTS