Makin mengganas, 20,939 kes Covid-19 hari ini

Makin mengganas, 20,939 kes Covid-19 hari ini. Malaysia merekodkan sebanyak 20,939 kes penularan wabak Covid-19 yang menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,996,361 kes.
Menerusi aplikasi Telegram rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), 0.56 peratus iaitu 118 kes yang dilaporkan adalah kategori tiga, empat dan lima.
Jumlah selebihnya iaitu 20,821 kes daripada kategori satu dan dua.
Dibahagikan mengikut kategori, 5,181 kes adalah kategori satu, 15,640 kes adalah kategori dua, 95 kes adalah kategori tiga, 13 kes daripada kategori empat dan 10 kes daripada kategori lima.
Jumlah kes hari ini telah dijangkakan oleh KKM merujuk kepada gelombang varian Omicron yang menular di seluruh dunia.
Daripada 20,939 kes harian yg dilaporkan pada hari ini;
•118 kes (0.56 %) kategori 3, 4 & 5
•20,821 kes (99.44%) kategori 1 & 2Kategori 1 : 5,181 kes (24.74%)
Kategori 2 : 15,640 kes (74.7%)
Kategori 3 : 95 kes (0.45%)
Kategori 4 : 13 kes (0.06%)
Kategori 5 : 10 kes (0.05%) pic.twitter.com/i3IDruKyYq— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 11, 2022
Namun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan kadar pengambil dos penggalak turut dilihat meningkat sekali gus mampu mengawal keadaan negara yang dilanda gelombang Omicron
BACA JUGA : Nak buat “alignment” tayar kereta? Baca ini untuk elak kena tipu tokei bengkel!
Sakan Emma Maembong bercuti di Switzerland, sekali netizen perasan sesuatu
Wanita ini tetap kahwini bekas suaminya, tak serik turun naik mahkamah
Artikel ini disiarkan pada 11/02/2022