Mangsa kejadian tanah runtuh alami trauma, JKM setia dan pantas bertindak

Mangsa kejadian tanah runtuh alami trauma, JKM setia dan pantas bertindak

Mangsa kejadian tanah runtuh alami trauma, JKM setia dan pantas bertindak.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa tanah runtuh tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side berdekatan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali.

Ketua Pengarah JKM, Shaharuddin Abu Sohot, berkata pihaknya menyediakan seorang kaunselor bagi membantu menstabilkan emosi mangsa.

“Kalau ada keperluan kita akan tambah lagi (kaunselor),” katanya ketika ditemui di Balai Polis Hulu Yam Bharu.

Selain itu, beliau memaklumkan pihaknya turut menyediakan makan minum dan tempat tinggal kepada semua mangsa terlibat sebelum mereka dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

Katanya, setakat ini 51 mangsa termasuk enam kanak-kanak ditempatkan di pusat saringan ringan di Balai Polis Hulu Yam Bharu.

BACA JUGA:

Seperti mati hidup kembali, begitulah kisah Veena Kapoor yang gempar baru-baru

Cegah batu karang dengan elakkan makanan-makanan ini, jom bac

Anak orang lain ok je, kenapa anak aku suka conteng, baca untuk mudah didik si comel

Artikel ini disiarkan pada 18/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Mangsa kejadian tanah runtuh alami trauma, JKM setia dan pantas bertindak […]