Masih ada NGO melayu Islam cuba bela Najib, setelah negara hilang billion pendapatan kerana hutang 1MDB

Masih ada NGO melayu Islam cuba bela Najib, setelah negara hilang billion pendapatan kerana hutang 1MDB

Masih ada NGO melayu Islam cuba bela Najib, setelah negara hilang billion pendapatan kerana hutang 1MDB. Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Datuk Seri Najib Razak kemarin menghantar memorandum memohon semakan dan nyahklasifikasi laporan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketika membaca memorandum mereka di luar pintu Parlimen, jurucakap NGO itu Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Nazlan mempunyai ‘konflik kepentingan’ ketika mengadili perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib. Dia mendakwa sabitan bersalah terhadap Najib adalah ‘dirancang’.

Dengan itu katanya, kerajaan digesa segera melaksanakan tindakan sewajarnya ke atas Mohd Nazlan yang didakwa mencabuli beberapa peruntukan perundangan dan Kod Etika Hakim 2009.

Dokumen itu diserahkan Lokman kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Gan Wen Shen di pekarangan luar bangunan Parlimen.

Bercakap pada sidang media, Lokman menggesa, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun segera mengambil tindakan ke atas Mohd Nazlan, berpandukan cadangan kertas siasatan SPRM.

BACA JUGA:

Lima meninggal menjadikan keseluruhan korban seramai 36, 800 orang

GRS tumpu peranan parti tempatan, perkasa blok Borneo bersama GPS

Beberapa pihak tidak diberi kebenaran memasuki kawasan tragedi tanah runtuh, umpama lebih sudu dari kuah, cetus kesal di hati netizen

Artikel ini disiarkan pada 20/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)