Mauna Loa meletus di Hawai Pemantau Geologi (AS) beri amaran

Mauna Loa meletus di Hawai Pemantau Geologi (AS) beri amaran

Mauna Loa meletus di Hawai Pemantau Geologi (AS) beri amaran. Gunung berapi aktif terbesar dunia memuntahkan lahar dan kepulan abu semalam, dengan penduduk di Big Island, Hawaii diberi amaran untuk bersedia dengan kemungkinan terpaksa berpindah.

Letusan Mauna Loa tidak mengancam bandar berkenaan buat masa ini, namun pihak berkuasa meminta penduduk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan terburuk. Kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah 38 tahun lalu.

Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS) memberi amaran pada penduduk di Big Island bahawa letusan dijangka dinamik dan lokasi serta pergerakan lahar boleh berubah dengan pantas.

Sementara itu, penyelidik di Pemantau Gunung Berapi Hawaii, Ken Ho, berkata letusan kali ini bermula malam Ahad susulan beberapa siri gempa bumi yang agak besar.

Ketika ini, satu pertiga penduduk pulau itu tinggal sama ada di bandar Kailua-Kona yang terletak di arah barat dari gunung berapi itu, membabitkan 23,000 penduduk, atau di Hilo yang terletak di timur gunung berapi dengan 45,000 penduduk.

Pihak berkuasa bimbang dengan kawasan penduduk yang terletak kira-kira 50 kilometer di selatan gunung berapi berkenaan, yang menempatkan sekitar 5,000 penduduk.

BACA JUGA:

Seorang kontraktor maut berpunca pemandu Lori direman

Amaran Ribut Petir dan hujan seluruh Negeri selama tiga hari bermula Isnin

“Kerajaan Permuafakatan Besar mencapai majoriti dua pertiga…”- Asyraf Wajdi

Artikel ini disiarkan pada 29/11/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Mauna Loa meletus di Hawai Pemantau Geologi (AS) beri amaran […]