Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap, Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000

Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap,Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000 .Usahawan Mawar Karim bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap jika gagal untuk melunaskan hutang yang dipinjam olehnya daripada seorang sahabat.

Memetik mStar Online, Mawar dikatakan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 dariapada kenalan bernama Nabil Mat Yahya untuk memulakan perniagaannya.

Menurut peguam mewakili pihak Nabil, Nik Zarith, Mawar gagal melunaskan hutang tersebut secara ansuran dalam tempoh tujuh bulan, bermula tarikh pinjaman iaitu 7 Jun 2021 mengikut perjanjian bertulis.

Bagaimanapun, selepas 10 bulan bekas isteri kepada Fizo Omar itu gagal melangsaikan hutangnya dan satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan. Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangii, Selangor pada Januari lalu.

Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap,Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000 ni

Sementara itu, Nik Zarith berkata sehingga hari ini anak guamnya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar dan kali terakhir mereka berhubung pada Oktober tahun lalu.
“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

“Dia boleh menjawab secara terus atau lantikan peguam memandangkan ia sudah menjadi kes mahkamah,” katanya.

Baca :

Tauke Jambu dan 4 rakan didakwa miliki dadah

 

Instafamous di kecam bawa penonton ‘Live’ Sambil Buang Air

 

Artikel ini disiarkan pada 13/04/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca:Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap, Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000 […]

  • […] Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap, Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000 […]