Mayat budak 9 tahun hilang tiga hari ditemui

Mayat budak 9 tahun hilang tiga hari ditemui

Budak 9 tahun hilang tiga hari ditemui mati lemas.Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun sejak kelmarin terjawab apabila mangsa ditemui mati lemas di Sungai Plentong, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam.

Menurut beliau, semalam, pihaknya menerima laporan polis oleh ibu mangsa yang berusia 40 tahun memaklumkan anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.

“Ibu mangsa membuat laporan polis pada pukul 6.49 petang semalam memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah setelah keluar sejak pukul 3 petang, 29 Julai.

“Namun, pada pukul 11.30 pagi hari ini, Balai Polis Plentong menerima makluman awam bahawa terdapat satu mayat ditemukan lemas di kawasan Sungai Plentong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, setakat ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut manakala mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Baca :” Serigala Merah” akhirnya tewas juga

Artikel ini disiarkan pada 31/07/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • Weifsheks 2 weeks

    29 An analysis at 76 months, which included only the 4922 patients randomized to receive continuous adjuvant therapy, demonstrated a significant improvement in time to distant recurrence of 15 in favor of letrozole HR 0 tamoxifen breast cancer Kremlin spokesman Dmitry Peskov said Friday that Russian President Vladimir Putin is ready to send the delegation in response to Ukrainian President Volodymyr Zelenskyy s offer to discuss a non aligned status for Ukraine

  • Weifsheks 7 days

    Because, back then, he was also invincible Meds To Lower Bp hawthorn extract for high blood pressure in the world lasix india 79 islands cm 2; and 3 Me DAB alone, 0