Maybank beri peringatan jangan download aplikasi ini di Handphone anda

Maybank beri peringatan jangan download aplikasi ini di Handphone anda.Maybank kini telah mengeluarkan peringatan, meminta pengguna supaya berhati-hati dengan aplikasi berbahaya yang boleh mencuri maklumat pengguna seperti SMS TAC, nama pengguna dan juga kata laluan.

Maybank mengatakan penipuan sering dilakukan dengan paparan pengiklanan palsu, diskaun yang tinggi, penghabisan stok, dan juga berbentuk hadiah percuma – membuatkan aplikasi dimuat-turun, atau membuatkan anda berkongsi maklumat peribadi, serta membawa kepada laman pembayaran palsu.

  1. Pengguna diingatkan supaya:
    Maybank beri peringatan jangan download aplikasi ini di Handphone anda
  2. Tidak memasang aplikasi daripada pautan yang diterima pada mesej
  3. Jangan benarkan aplikasi menghantar atau melihat SMS
  4. Jangan abaikan amaran yang dikeluarkan pada telefon
  5. Jangan masukkan maklumat perbankan pada laman web atau aplikasi yang mencurigakan
  6. Sentiasa menyemak imej sekuriti Maybank2u
  7. Sentiasa memastikan perisian antivirus anda dikemaskini

Membuat panggilan ke 0358914744 sekiranya akaun anda diceroboh.

BACA JUGA: Kantoi menipu orang tua, barang RM600 je tapi minta bayar sampai RM8,000!

Ini 4 sebab utama mengapa menyewa rumah adalah lebih bagus

Kenapa Solat Jenazah orang hulur sampul duit?Ustaz ini dedah sebab sebenar

Artikel ini disiarkan pada 14/02/2022