Maybank perjelas perkhidmatan perbankan tergendala

Maybank perjelas perkhidmatan perbankan tergendala

Maybank perjelas perkhidmatan perbankan tergendala.Perkhidmatan perbankan Maybank seperti penggunaan kad debit, aplikasi Maybank2U dan MAE serta laman web Maybank2U

tergendala untuk sementara waktu pada Isnin.
Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh bank komersial itu menerusi media sosial kira-kira jam 5 petang.

“Kepada pengguna, ambil maklum bahawa penggunaan kad debit tidak boleh digunakan buat sementara waktu dan kami mengalami masalah dari semasa ke semasa di aplikasi MAE, M2U MY dan laman web Maybank2u.

maybank

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan hal ini secepat mungkin,” menurut Maybank menerusi Twitter.
Berdasarkan aduan beberapa pengguna Maybank di Twitter, mereka mengalami masalah membuat pembayaran menggunakan kad debit sehingga dikenakan bayaran berulang kali.

Beberapa pengguna lain pula bimbang kerana tidak dapat mengakses baki simpanan melalui aplikasi atau laman web bank berkenaan.

Baca:Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Akan Dikreditkan Mulai Hari Ini

Artikel ini disiarkan pada 18/04/2022

COMMENTS

Wordpress (0)