Media Prima berjaya memperolehi peningkatan keuntungan sebanyak 15%

Media Prima berjaya memperolehi peningkatan keuntungan sebanyak 15%

Media Prima berjaya memperolehi peningkatan keuntungan sebanyak 15%. Media Prima Berhad, kumpulan media terbesar Malaysia, kekal berdaya tahan dalam landskap media yang semakin mencabar apabila mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM 27 juta untuk sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2022.

Secara keseluruhan, Media Prima berjaya memperoleh peningkatan keuntungan sebanyak 15% dalam Keuntungan Selepas Cukai berbanding rekod dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

Bukan itu saja, hasil pengiklanan Media Prima kekal stabil selepas turut meraih peningkatan sebanyak 7% yang dibantu dari anak syarikat penyelesaian pemasaran iaitu Media Prima Omnia.

Media Prima Omnia atau Omnia memainkan peranan penting dalam memberi hasil pertumbuhan pemasaran kerana berjaya mencatatkan kenaikan secara keseluruhan berbanding tempoh sebelumnya.

Sementara itu, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Media Prima Audio yang mewakili penyiaran telah mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 9% yang membawa kepada kutipan sebanyak RM355.1 juta berbanding RM326 juta sebelum ini.

Malah, hasil jualan kandungan (content) juga meningkat kepada RM45.8 juta berbanding RM29.1 juta sebelum ini sekali gus mencatat kenaikan kadar peratusan sebanyak 58%.

Sementara itu, subsidiari digital Media Prima iaitu REV Media Group turut menunjukkan perkembangan positif dalam tempoh tinjauan selama sembilan bulan selepas mencatat kenaikan peratusan sebanyak 11% yang membawa kepada jumlah keuntungan RM73.8 juta.

Kejayaan REV Media Group memperoleh hak milik intelek Tantannews iaitu portal berita sosial popular berbahasa Cina juga dilihatkan sebagai batu loncatan kepada platform digital Media Prima untuk terus berkembang terutamanya dalam rangkaian pembaca dalam komuniti berbahasa Cina.

Datuk Seri (Dr) Syed Hussain Aljunid selaku Pengerusi Kumpulan Media Prima menjelaskan bahawa pencapaian kewangan mencerminkan strategi operasi yang dinamik yang dihadapi oleh Media Prima sendiri.

Tambah beliau, perancangan dan pemandangan yang optimistik akan dikekalkan sebagai usaha untuk meniti cabaran yang mendatang selain dari fokus untuk memberi penambah baikan secara dalaman Media Prima khususnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, memaklumkan bahawa mereka berpuas hati dengan sumbangan pengiklanan kerana berjaya menunjukkan peningkatan pada masa yang sama mempamerkan kualiti jenama dalam kalangan pengiklan.

Walau bagaimanapun, mereka turut akui bahawa peningkatan pesaing platform media dilihatkan semakin bertambah dan corak pengguna yang tidak menentu juga menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh Media Prima dalam masa akan datang.

BACA JUGA:

Akui puas hati melihat prestasi kak Lina di GV9, tapi ini jawapan Norzeha

Susuk Tubuh Zamani kembali normal Pak Nil Panjat Syukur

Qistina Raisah nafi jalin hubungan lelaki 21 tahun

Artikel ini disiarkan pada 30/11/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Media Prima berjaya memperolehi peningkatan keuntungan sebanyak 15% […]