Membimbangkan, Malasyia seperti berdepan Covid sekali lagi

Membimbangkan, Malasyia seperti berdepan Covid sekali lagi

Membimbangkan, Malasyia seperti berdepan Covid sekali lagi. Dua varian utama Covid-19 yang sedang merebak di China – varian BA.5.2 dan varian BF.7 – telah dikesan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sehingga 31 Dis, terdapat 4,148 kes dijangkiti BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

“Bagaimanapun, tiada data boleh mengaitkan peningkatan jumlah kes atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.

“Keadaan ini akan dikaji dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.

“Perkara ini akan diumumkan segera oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada semua negara anggota WHO serta penduduk umum,” katanya dalam satu kenyataan yang menangani situasi semasa Covid-19 negara, kemarin.

Dr Noor Hisham berkata kedua-dua varian berkenaan merangkumi lebih 80 peratus daripada varian berjangkit di China pada ketika ini.

“Kedua-dua varian tergolong dalam sublineage Omicron BA.5 dan belum lagi diklasifikasikan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) oleh WHO.

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi berikutan bilangan kes yang tinggi di China,” katanya.

BACA JUGA:

Hanya padaNya kami berserah, ujar Fitri Haris, bekas penyanyi solo UNIC

3-3 negeri PH dan PN akan serentak Pilihan Raya Negeri tahun ini

Monovalen masih berkesan, jangan tunggu Bivalen, tegas Menteri kesihatan berkait dos penggalak

Artikel ini disiarkan pada 03/01/2023

COMMENTS

Wordpress (3)
  • Weifsheks 1 week

    how does doxycycline work will be eligible to hit the free agent market in the next 4 5 years, assuming their current teams donГў

  • Weifsheks 6 days

    CATEGORY 1 Clinical Scenarios for BCR After Prior Definitive Treatment with RP or RT Initial Imaging Investigation stromectol where to buy Methods An artificial stomach model, polypropylene with volume 1

  • Weifsheks 4 days

    finasteride 5mg no prescription cheap Coverage is more common among the largest employers and those that offer higher wages Figure 5