Menu Kari Ayam sedap hingga menjilat jari

Menu Kari Ayam sedap hingga menjilat jari

Menu Kari Ayam sedap hingga menjilat jari. Apa yang istimewa ialah kari ayam ni kuahnya pekat dan wangi kerana kita masukkan santan pekat bersama sedikit kerisik.

Boleh lebihkan kerisik di dalam kuah jika anda suka. Cuma pastikan kerisik yang digunakan masih segar dan tidak berbau hapak.

Kerisik mudah rosak jika disimpan lama pada suhu yang tidak sesuai. Kualiti kelapa juga mempengaruhi rasanya.

Untuk lebih rasa pedas, tambahkan sedikit serbuk cili. Selain rasanya pedas yang menjadikan kuah kari kurang rasa muak nya, warna kari juga akan menjadi lebih cantik dan menarik.

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam
2 1/2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 tangkai daun kari
1 mangkuk santan
2-3 sudu besar kerisik
3 biji kentang
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN HIRISAN A

5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

BAHAN-BAHAN HIRISAN B

1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur

CARA PENYEDIAAN

1. CARA-CARA UNTUK KARI AYAM

1. Bersihkan ayam yang sudah dipotong kepada bahagian kecil dan ketepikan.
2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Ulang proses selama minimum 3 kali.
5. Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
6. Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
7. Masukkan pula santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
8. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.

TIPS

Pastikan tumis bahan-bahan sehingga pecah minyak dan ulang proses menambah air beberapa kali. Cara ini bukan sahaja memastikan rempah kari masak sempurna, tetapi juga kuah kari boleh disimpan lebih lama dan enak rasanya.

BACA JUGA:

Berdepan hujan lebat dan air pasang luar biasa, kali ini di Sabah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na’im Mokhtar, bantuan RM5.3 juta dan bekalan asas untuk mangsa banjir

Program Pelawat Sukan 2023, jurulatih Sabah tidak ketinggalan dalam pemilihan peserta

Artikel ini disiarkan pada 24/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)