Merrywati Manuil Jelaskan Sebab Bertudung Ketika Bersilat

Merrywati Manuil Jelaskan Sebab Bertudung Ketika Bersilat

Merrywati Jelaskan Sebab Bertudung Ketika Bersilat.Antara yang mencuri tumpuan adalah pesilat wanita negara, Merrywati Manuil yang meraih pingat emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menumpaskan pesilat dari Indonesia, Puspa Arumsari.

Bagaimanapun, bukan saja aksi lincahnya yang mendapat perhatian tetapi pakaiannya juga turut menjadi bahan bualan ramai.

Sedar ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara tersebut, Merrywati tampil menjelaskan tindakannya memakai tudung menerusi perkongsian di Facebook semalam.

Menurutnya, dia memakai tudung kerana menghormati dan mengagumi silat walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung.

“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian.

Dia juga turut menjelaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang memaksanya untuk berbuat sedemikian.

“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.

“Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak, saya belajar ilmu orang Melayu, sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari,” ujarnya.

Kejuaraan silat itu berlangsung selama enam hari dan disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia, lapor Bernama.

Baca :Jagan beli gula – gula ini ,nanti anda Akan menangis

Artikel ini disiarkan pada 08/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)