“Mesej ini adalah kepada orang Islam dan bukan Islam,” – PMX.

“Mesej ini adalah kepada orang Islam dan bukan Islam,” – PMX.

“Mesej ini adalah kepada orang Islam dan bukan Islam,” – PMX.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarpun perutusan sempena tahun baharu 2023 dibuatnya dari mimbar Masjid Putra, di sini, namun ia bukan hanya memberi peringatan kepada umat Islam semata-mata.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, perutusan itu turut ditujukan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

Beliau berkata, negara ketika ini berdepan isu perkauman sempit dan fahaman agama yang pantas menghukum tanpa berlandaskan kepada fakta.

“Saya tidak perlu memohon maaf kerana berbicara satu mesej untuk negara dari masjid.

“Mesej ini adalah kepada orang Islam dan bukan Islam,” katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, di sini, malam ini.

Perdana Menteri malam ini menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang diadakan di Masjid Putra, di sini.

Beliau yang tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 6.20 petang tadi, turut menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah dengan kira-kira 2,000 jemaah di Dewan Solat Utama Masjid Putra.

Turut menghadiri program pada malam terakhir 2022 itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri berkata, jika kefahaman berkenaan Islam tidak diperluaskan, bibit Islamofobia yang tertanam sejak zaman penjajah berkemungkinan mempengaruhi dan mengelirukan rakyat negara ini.

Justeru, beliau berkata, semua pihak perlu membezakan antara usaha untuk meremehkan agama, dengan pihak yang menjadikan agama itu faktor kasih sayang ke arah kebaikan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, tumpuan pentadbirannya ialah meningkatkan segala usaha bagi memperkukuh keyakinan semua pihak terhadap kestabilan negara.

Beliau berkata, ia bagi menjamin kepercayaan dalam sistem politik, tadbir urus dan tatakelola yang lebih baik serta bersih daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Sudah tentu untuk awal tahun depan, kita dapat senarai pelabur dari Eropah, Amerika Syarikat, China dan India serta beberapa negara sekitar ASEAN yang akan hadir melihat sendiri perkembangan di Malaysia.

“Kita berharap ada tumpuan baharu yang boleh meningkatkan dan memacu pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.

“Ini perlu kerana Malaysia adalah negara perdagangan. Selama ini, (negara) mencatat kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan usaha kita menerima pelaburan dari dalam dan juga luar negara,” katanya.

BACA JUGA:

Tahukah anda, ada lagi manusia sebelum Nabi Adam diciptakan?

Solat secara duduk di atas kerusi, ini penjelasan Mufti Wilayah

Hukum solat bagi pelaku zina, diterima atau tidak solatnya? Ini jawapan Ustaz Abdul Somad

Artikel ini disiarkan pada 01/01/2023

COMMENTS

Wordpress (0)