Misteri stesen minyak Caltex, netizen dedah walau 6 tahun tutup terbongkar, ramai dah terkena

Misteri stesen minyak Caltex, netizen dedah walau 6 tahun tutup terbongkar, ramai dah terkena

Misteri stesen minyak Caltex, netizen dedah walau 6 tahun tutup terbongkar, ramai dah terkena.Stesen minyak Caltex yang terletak di Pasir Mas Salor dikatakan telah lama ditutup kira-kira 6 tahun yang lalu namun hari ini tular berikutan ramai yang nampak stesen minyak itu sedang beroperasi.

Belakang stesen minyak itu terletaknya kawasan kubur dan disebelahnya pula ada kedai menjual satey, difahamkan mereka yang tidak pernah melalui jalan itu akan melihat stesen minyak ‘meriah’ padahal ia tidak seperti yang digambarkan.

Hakikatnya stesen minyak tersebut agak suram, sunyi dan menyeramkan dengan tidak terurus dipenuhi dengan semak samun dan sampah sarap.

Bagaimana ada sesetengah pengguna jalan raya melihat stesen minyak itu beroperasi dan masuk isi minyak malahan ada yang ke tandas serta mandi-manda di situ?

Kelmarin tular gambar kereta masuk stesen minyak terbabit seperti sedang mengisi minyak kereta sempat diambil oleh salah seorang pengguna facebook Yusal Mastura Yusoff.

Mastura yang berasa hairan apabila lalu dua tiga kali di hadapan stesen minyak itu melihat ada yang masuk mengisi minyak.

“Dekat-dekat maghrib pun ada juga kereta masuk isi minyak, mmy nmpk dua tiga kali dah juga..org parking macam nak isi minyak huhu,” katanya.

Baginya mungkin orang jauh yang tidak tahu kisah stesen minyak terbabit yang menyinggah, orang dekat semua sudah tahu stesen itu sudah lama ditutup.

“Takut…Aish seriauuuu Aje bulu roma,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, ramai memberi komentar terkejut dan seram apabila tidak tahu kisah sebenar stesen minyak tersebut.

Malahan ada yang mengakui baru sahaja singgah dan isi minyak ketika pulang cuti sekolah baru-baru ini.

“Biar btl..sy lalu jumaat bru nih.sy tgk mutur duk pat isi mnyak,” komen Zasfaliza Salwani Hassan.

Betul betul aku napok jgk blok mlm2 öre siap msuk berenti,pelik betul dia x napok ko rh,” tulis Aini Yaya di dinding Mastura.

“K.ida dh terkena..ciap singgah msuk tandas n mandi ank2..msa tu xthu lg tempat tu…??” komen Ida Ghazali.

“Saya orang kl, selalu buh minyak dekat caltex salor ni,”kata Fahmin Asyraf.

Ada yang mencadangkan agar diletakkan ‘signbord jangan masuk, stesen tutup’ supaya orang luar tidak berhenti dan masuk isi minyak.

“org kawasan situ buat la 1 signboard utk org luar alert,caltex ni berpuaka dan jgn berhenti masuk,” cadang Faiz Zakaria.

Hantaran Mastura menerima hampir 4k komen dan 4.8k perkongsian.

baca :Ini 6 petua generasi lama Terengganu ramal banjir

Artikel ini disiarkan pada 12/09/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca :Misteri stesen minyak Caltex, netizen dedah walau 6 tahun tutup terbongkar, ramai dah terkena […]

  • […] Misteri stesen minyak Caltex, netizen dedah walau 6 tahun tutup terbongkar, ramai dah terkena […]