Modal RM170, Ibu tunggal gaji RM200,00

Modal RM170, Ibu tunggal gaji RM200,00

Ramai beranggapan, bertugas sebagai kakitangan kerajaan ni hidup mewah dan selesa. Ya, walaupun ketika pandemik ni gaji tetap masuk dan kerja terjamin, tapi tiada siapa tahu peritnya bila dah dapat gaji dan bayar semua komitmen yang ada, sama je macam orang lain.

Begitulah kehidupan Puan Shahriza Ibrahim sebelum ini yang setiap pertengahan bulan mengira duit-duit yang tersisa untuk belanja sekolah anak-anak, makan dan pakai mereka. Shahriza bukanlah berasal dari keluarga yang mewah dan tetap menghadapi cabaran membesarkan 4 orang anak seperti orang lain tambahan lagi selepas suaminya meninggal dunia.

Namun, Puan Shahriza sentiasa mencari jalan untuk menambah pendapat bulanannya. Beliau juga pernah menjual pelbagai produk dengan ‘mindset’ kalau jual pelbagai jenis barang, pendapat pasti lumayan tetapi sangkaan itu meleset.

Bercerita tentang keperitan yang Puan Shariza hadapi, kehilangan suami yang meninggal dunia akibat lemas di Semporna Sabah pada bulan Ogos 2020, ketika sedang bercuti bersama-sama anak-anak dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau. Tiada siapa yang akan mengerti peritnya apabila, kesemua anak-anak beliau masih lagi belajar.

Puan Shahriza perlu mencari duit untuk membayar yuran dua anaknya yang sedang menuntut di Universiti, anak ketiga akan menduduki SPM tahun ini dan yang bongsu dihantar ke sekolah aliran agama swasta.

Menetap di Selangor yang seperti semua tahu, kos sara hidup yang sangat tinggi untuk ibu tunggal seperti Shahriza yang perlu menanggung empat orang anaknya yang masih belajar. Anak yang sulung menuntut dalam jurusan perakaunan, memerlukan banyak duit walaupun mendapat biasiswa. Anak kedua pula memerlukan yuran RM2,000 setiap semester dan tidak termasuk duit belanja di pusat pengajian.

Bagi anak ketiga pula yang menduduki SPM tahun ini, sudah pasti Puan Shahriza mahu memberikan kelas tambahan terbaik untuk memastikan anaknya itu cemerlang dalam pelajaran. Manakala anak yang bongsu, belajar di sekolah agama swasta memerlukan yuran RM600.

Selepas pemergian suami tercinta, banyak keputusan yang berat dan penting perlu dibuat oleh ibu tunggal ini, seperti cara membawa jenazah suami pulang ke semenanjung, kos pengurusan, urusan kewangan arwah dan banyak lagi perkara berkaitan. Menyukarkan lagi keadaan adalah, duit pampasan suami mengambil masa yang lama untuk diterima sehingga memakan masa 4 bulan.

Bayangkan bagaimana seorang suri rumah yang sudah terbiasa bergantung dengan gaji suami, tidak menyangka suami pergi ketika isteri dan anak-anak masih memerlukan.

Selepas tiga tahun Puan Shahriza pernah menjana RM200,000 sebulan dan kini Puan Shahriza telah berjaya mencapai status jutawan dan sudah mencapai level bisnes Associate Executive Partner (AEP) bersama Faith Fleur. Siapa sangka ibu tunggal yang perlu membesarkan empat orang anak akhirnya berjaya bergelar jutawan dengan hanya bermodalkan RM170 sahaja pada mulanya.

Beliau sangat terkilan apabila tidak sempat menunjukkan kepada suaminya bahawa beliau telah mencapai jualan RM 1,000,000 bersama Faith Fleur. Emosinya tidak stabil selama dua minggu, namun urusan posting dan bisnes tetap perlu dijalankan ketika itu dengan bantuan staf yang ada.

Pengajaran yang pembaca boleh ambil dari kisah kejayaan Puan Shahriza ini, terutamanya pada anda yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan. Jangan mudah berputus asa, teruskan berusaha dan jika anda masih tercari-cari produk yang sesuai untuk dijual dan dengan modal yang rendah, Faith Fleur adalah pilihan yang terbaik.

Sumber: Siakap

Artikel ini disiarkan pada 14/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)