Muhyiddin disahkan Positif Covid-19

Muhyiddin disahkan Positif Covid-19

Muhyiddin disahkan Positif Covid-19. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, disahkan positif COVID-19 hari ini.

Dalam hantaran menerusi Facebook pagi ini, Muhyiddin berkata beliau disahkan positif selepas membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Saya telah didapati positif COVID-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.

Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga.

Muhyiddin disahkan Positif Covid-19

Sumber:

BACA JUGA: Shila Amzah kini ibu tunggal selepas 4 tahun berkahwin

Hacker berjaya godam muka Scammer, cuak mukanya dah terdedah

Isteri terkantoi main dengan lelaki bujang, terpaksa menyorok dalam almari elak dicekup

Artikel ini disiarkan pada 09/02/2022