Nak buat “alignment” tayar kereta? Baca ini untuk elak kena tipu tokei bengkel!

Nak buat “alignment” tayar kereta? Baca ini untuk elak kena tipu tokei bengkel!

Nak buat “alignment” tayar kereta? Baca ini untuk elak kena tipu tokei bengkel!“Camber depan you sudah lari, kena tukar bolt…”

Pernah tak korang terima soalan begini setiap kali membuat penjajaran roda (wheel alignment). Sekali tukar bukan harga murah, boleh dikatakan lebih RM50 sebelah tayar sahaja.

Dari situ timbullah persoalan di mana ianya perlu atau tidak tukar skru camber. Jadi, jom kita sama-sama baca penjelasan daripada pakar tentang hal ini supaya kita semua lebih arif tentang tukar ganti barang kereta.

Persoalannya, perlu tukar atau tidak?

Nak buat "alignment" tayar kereta? Baca ini untuk elak kena tipu tokei bengkel!

Camber nut atau camber bolt ni fungsi utamanya adalah untuk melaraskan sudut tayar. Apabila ia tidak dilaraskan dengan betul, ia boleh mengakibatkan tayar makan luar/dalam.

Nak buat "alignment" tayar kereta? Baca ini untuk elak kena tipu tokei bengkel!

Kebiasaannya, camber nut ini akan diganti bila kita modify kereta. Nak kangkang kan tayar, chamber kena ganti dengan jenis ‘adjustable’. Kalau yang original, chamber nut tak boleh adjust

Atau kemungkinan lain juga, bila kereta langgar lubang/lopak yang besar. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada camber nut.

Nak buat "alignment" tayar kereta? Baca ini untuk elak kena tipu tokei bengkel!

“Jadi, kalau pomen suggest tukar nak tukar tak?”

Sebaiknya, tak perlu tukar dulu. Buat sahaja allingment seperti biasa. Bila dah tukar tayar, dah buat allignment ada masalah, baru bawa ke bengkel untuk checking lagi.

Kenapa kami tak suggest untuk tukar terus?

1. Sebab camber nut ini jarang rosak
2. Elakkan membeli harga premium

Sesetengah bengkel, cas sehingga RM50-60 sebiji chamber sedangkan kos camber ini tak sampai RM10. Ada juga kes di mana ada sesetengah kedai yang ambil kesempatan sampai RM120 untuk satu camber.

So next time tukar tayar kereta, ingat bebenang ni untuk elakkan daripada kita tukar barang yang masih elok digunakan.

BACA JUGA : Wanita ini tetap kahwini bekas suaminya, tak serik turun naik mahkamah

Pemuda ini dedah teknik menipu yang biasa dibuat dalam pertandingan memancing

Mudah rupanya buka akaun ASB tanpa susah payah, 5 minit je siap!

Artikel ini disiarkan pada 11/02/2022