Netizen terharu dan gembira lihat hero kita diberi self-reward selepas tampil berbakti

Netizen terharu dan gembira lihat hero kita diberi self-reward selepas tampil berbakti

Netizen terharu dan gembira lihat hero kita diberi self-reward selepas tampil berbakti. Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor pada 16 Disember lalu pastinya menjadi episod duka rakyat Malaysia.

Dalam proses mencari dan menyelamat (SAR), unit anjing pengesan (K-9) dari Jabatan Bomba Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merupakan aset paling penting.

Unit tersebut telah menjadi ‘hero’ rakyat Malaysia apabila berjaya menjumpai kesemua mayat yang tertimbus seterusnya menjadikan misi SAR itu sebagai misi yang berjaya sepenuhnya.

Menerusi satu rakaman video Instagram ipie_ngaranku menyaksikan dua ekor anjing K-9 yang diberi nama Grouse dan Geoffrey yang terlibat dalam misi tersebut dimandi dan didandan menjadi tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, dua anjing K-9 pasukan Bomba itu adalah antara yang terawal dalam SAR dan berjaya menemukan mangsa-mangsa awal yang tertimbus.

Kedua ekor anjing tersebut kemudian direhatkan apabila didapati penat setelah mengerah tenaga beberapa hari.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih ke atas khidmat yang pernah dilakukan oleh dua ekor anjing terlatih itu.

“Awak hero kami, rehatlah untuk persediaan misi-misi besar seterusnya lagi,” tulis annan_martada.

“Comelnya, tapi masa bertugas kamu berdua amat hebat, terima kasih kerana jadi hero Malaysia,” tulis FaraNadia.

BACA JUGA:

Jual penginapan tidak berdaftar dan berlesen, Ganesh gesa kerajaan ambil Tindakan tegas

Dua mayat belum dituntut, Hospital Balik Pulau cari waris

Nombor satu dalam hidup saya adalah dia. Kalau tak boleh jumpa saya dia boleh nangis, luah Fikry Ibrahim

Artikel ini disiarkan pada 27/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)