Netizen yang tertanya punca Kampung Adat Melayu Seri Banian tular, ini sebab-sebabnya

Netizen yang tertanya punca Kampung Adat Melayu Seri Banian tular, ini sebab-sebabnya

Netizen yang tertanya punca Kampung Adat Melayu Seri Banian tular, ini sebab-sebabnya. SELAIN terkenal dengan keindahan Langkawi, Kedah mempunyai cukup banyak destinasi jalan-jalan yang unik.

Antaranya di Kampung Adat Melayu Seri Banian yang terletak di Kampung Bendang Bukit, Pendang.

Sarat dengan seni bina bercirikan rumah tradisional Melayu purba, ia juga boleh diibaratkan sebagai pintu gerbang untuk menerobos ke zaman silam.

Perkampungan persis set penggambaran filem tempatan terkenal, Magika memang kelihatan ‘hidup’ apabila ‘para pelakonnya’ berjaya membawakan watak dengan baik.

Mereka antara lain memakai tanjak dan berbaju Melayu Kedah, sementara si gadis pula cantik menggayakan busana tradisional.

Bercerita mengenai desa penuh magis itu, pemiliknya, Dil Akbar Jaafar atau Aki berkata, pengunjung bukan sahaja boleh melihat sebuah perkampungan Melayu Nusantara, tetapi lebih daripada itu.

“Di sini kami cuba untuk memperkenalkan seni, adat dan budaya suku kaum terdahulu seperti Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau dan lain-lain yang boleh dikatakan semakin pupus ditelan waktu.

“Kami juga membina Rumah Adat Kedah, Perak, Thailand dan Sunda yang diperbuat daripada kayu meranti dan buluh sebagai tatapan generasi muda,” katanya yang membangunkan kampung tersebut bersama adiknya, Syahmi Mohd Abdul Kahar, 30.

Menurut jurusilat berusia 42 tahun itu lagi, idea mewujudkan Kampung Adat Melayu Seri Banian tercetus selepas gelanggang silat dan tempat riadah yang dibangunkan di tanah sendiri seluas 1.2 hektar tersebut viral di media sosial.

“Ketika itu, tapak gelanggang kami menjadi tumpuan. Melihat sambutan yang menggalakkan, kami pun wujudkan sebuah desa terasing demi memartabatkan semula adat dan budaya Melayu,” katanya.

Sebagai tambah nilai, para pengunjung turut diberi kesempatan untuk menyewa persalinan busana tradisional lengkap dengan aksesori unik di sana.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengasah skil memanah dengan bayaran RM1 atau menunggang kuda (RM5).

Tambah Aki, pihaknya juga merancang untuk menambah 12 lagi rumah klasik bertemakan kisah dongeng Melayu seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Raja Bersiong dan banyak lagi pada masa akan datang.

Seperkara, orang ramai yang berkunjung ke destinasi tersebut tidak perlu pening memikirkan soal makanan.

Ini kerana pelbagai sajian seperti Sate Ante Berahi, Ayam Panggang Sembah Diraja, Ikan Siakap Masak Lara Sutra dan Rendang Seri Kanasih Fatma disediakan.

BACA JUGA:

Lapan individu layak automatik ke Perhimpunan Agung UMNO, antara yang berlangsung 14 Januari nanti

Netizen terharu dan gembira lihat hero kita diberi self-reward selepas tampil berbakti

Tsunami Kota Kuala Muda, tiada yang mustahil dengan keadaan laut sangat pelik

Artikel ini disiarkan pada 31/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)